Bercak

(Sekadar nak berkongsi dgn pengunjung yg dtg dari luar negara dan tidak dpt membelinya di sana. Ini adalah salah satu cerpen saya yg terbit di Dewan Sastera, kemudian diterbitkan dlm antologi persendirian saya, Titian Gelora. Jutaan Terima Kasih Buat Dewan Sastera, DBP :) Ia ttg kekasih sejenis yg menyebarkan virus komputer sama macam menyebarkan virus AIDs)

------------------


Bercak



ALANGKAH gementarnya dia! Bagaimana mungkin dia mempercayai semuanya ini, apatah lagi untuk menerimanya! Aduuuh ...! Benarkah kasih itu semangat yang buta? Benarkah kasih itu tidak bersekutu dengan bijak? Benarkah? Rintih Tuan Besar atau nama panggilannya T.B., kesayuan.

(Hei, tidak! Aku tidak berdusta. Komputer itu benar-
benar.... Mempermainkanku!)


Karut! Bentak hatinya. Dia mengeluh singkat dan menepis gambaran wajah Toni yang tersirat berjuta rasa pilu itu ke tepi. Karut! Karut! Karuuut ...! Argh! Toniku sayang!



Ketika dia keluar dari kereta mewahnya, merempuh angin yang menderu-deru kencang, dia tersentak melihat pintu banglo itu terbuka luas. Nafasnya sesak bagaikan
dirayapi virus komputer yang tujuannya memang untuk mensabotaj hidupnya: Virus yang menghapuskan data, menghidupkan program atau memformatkan kembali disket
mahupun hard disk yang ada dalam memori komputer hidupnya. Virus yg kian hari kian banyak dan sukar dikesan melalui mata kasar.

Dengan tak semena-mena, dia tersendu keharuan. Matanya yg merah kerana kurang tidur, terus meliar resah. Rambutnya yg jarang di bahagian atas itu, terkirai-kirai dipuput angin. Dia terkedip2 mata apabila terasa titik hujan yang mula turun, bergayutan berat di bulu matanya. Petir sambar-menyambar, membelah angkasa. Tubuh gendutnya yang bersalutkan pakaian dariapda kain yang serba mewah, terus tersandar lesu di dinding kereta mewah itu.


(Aku cinta padamu, bang. Aku sanggup melakukan apa saja bang, untuk mu. Apa saja. Tapi... ia menakutkan! Sungguh!)


T.B. menggeleng, mengancing gigi. Dia terus merenung banglo yg dibelikan untuk Toni, suatu ketika dahulu. Banglo itu kini kelihatan bak raksasa yang mahu mencengkamnya Lampu candelier yg terpasang di ruang tamu bergerak terliuk-liuk ditiup angin. Seolah-olah menggamitnya datang. Seolah-olah menggodanya. Hujan turun semakin lama semakin lebat.

Pandangannya menerawang, menerobos langit yang gelap, dan suasana yg agat hangt siang tadi telah berubah menjadi dingin mencengkam. Malah, gelombang bunyi yg terbit daripada suasana persekitara yg hening itu, mengundang semacam rasa seram campur geram ke dalam jiwanya.

(Datanglah, bang. Datanglah, aku rindu. Aku takut...!)


Terus terang, dia ingin sekali memecut keretanya meninggalkan tempat yang mengggerunkan itu. Alangkah rahmatnya jika dia tidak perlu terlibat menghadapinya. Dia tidak berupaya menolak, biarpun sesungguhnya dia mahu sekali. Dia tidak berupaya.

"Argh! Terperangkapkah aku?" desisnya sendirian. Sejurus, dia mengancing gigi. "Huh! Aku cuma akan terperangkap, jika aku izinkan saja! Jika aku izinkan saja!"

Namun, kesedaran tentang wujudnya malapetaka yang berpunca daripada virus itu memang ada. Tapi ... ah! Dia beranggapan bahawa perkara seperti itu sesuatu yang tidak
akan terjadi terhadapnya! Biar berada dalam keadaan segenting mana sekalipun, tidak pernah dia merasa kemungkinan ia berlaku kepadanya atau kepada Toni, perlu diper-
hitungkan. Dia sudah cukup berhati-hati. Dia percaya, Toni juga sentiasa berwaspada agar malapetaka seperti itu tidak menghinggapi mereka. Selama ini, dia cukup yakin dengan kesetiaan Toni, biarpun dia sendiri tidak pernah setia kepada Toni. Toni masih mentah. Masih hijau. Masih boleh dibentuk. Masih percaya bahawa cinta suci itu hanya untuk seorang lelaki. Dan dialah lelaki itu, tentunya. Toni masih innocent.

(Aku tak mahu melakukannya lagi, bang. Aku takut.
Semua fius sudah tercabut dari soketnya. Arus elektriknya
telah kumatikan di punat offnya. Tetapi, ia terns berfungsi.
Benar, aku tak sengaja mereka ciptakannya! Tidak!)


T.B. menghela nafas yang terasa menyendat dalam
dadanya. Argh! Toni masih mentah. Masih hijau. Masih in-
nocent!

Demikianlah pada fikirannya, sehinggalah benaknya ngilu bagai ditusuk desitan virus komputer yang maha dahsyat. Desitan virus yang tercetus daripada kecuaian
sikap Toni itu memang di luar dugaan. Amat mengecewakan. la semacam pisau bermata dua, menghiris kewarasannya, terus-terusan.

"Sudah berapa kali aku jelaskan, bang!" bentak Toni
melalui corong telefon, beberapa ketika tadi. "Disket gratis
yang abang belikan untukku itulah yang merupakan sumber
malapetaka terawal!"

"Toni...! Kaufikir aku siapa?" desis T.B., selaku jurutera komputer yang kini sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. "Aku tahu, perkara seperti itu tidak mungkin boleh berlaku, malah tidak munasabah."

"Jadi, hakikatnya, abang mempersoalkan kesetiaanku, bukan?" sela Toni, tersedu-sedan dengan esak tangisnya.

"Apa yang kau mahu aku kata lagi, Toni? Ah, ini bukan
saja soal setia atau tidaknya sikapmu, Toni. Bukan!" tegas
T.B. penuh arif. "Heh! Janganlah nak harapkan aku ber-
tanggungjawab atas kecuaianmu. Kesihatanku, seratus
peratus O.K.... Kalau tak percaya, pergi tanya doktorku. Jadi,
tentulah apa yang berlaku atas dirimu, tiada kena-mengena
denganku. Tak adillah nak tuduh aku yang bukan-bukan...."

"Sampai hati abang berkata begitu," rintih Toni, melalui telefon itu. "Mengapa harus ada kesangsian? Tidakkah kautahu? Sama ada sebagai computer programmer ataupun
kekasihmu, aku sentiasa setia kepadamu. Tapi ... disket komputer yang mengandungi program menarik yang kaubelikan itu.... Sewaktu menggunakannya di rumahku, aku
seperti terkena renjatan elektrik buat beberapa detik. Tanpa kusedari, virus yang disisipkan di disket itu, menular ke tubuhku. Benar. Percayalah ...!

"Hebat!" desis T.B. dan dia mendengus kasar.

"Bang! Kau yang bertanggungjawab menjadi alat perantaraan antara virus itu dengan aku! Kau!" jerkah Toni,hilang sabar. "Tubuhku kini sudah penuh dengan virus. Kau
menggunakan tubuhku, sama seperti kau menggunakan kemahiranku dalam memprogramkan komputer yang mengaut keuntungan. Jika keuntungannya kita nikmati ber-
sama, mengapa tidak virusnya? Padahal, kita yang ber-
tanggungjawab menciptanya!"

"Cuba bawa bertenang," pujuk T.B., keresahan. Dia bimbang juga jika konflik antara dia dengan Toni itu akan sampai ke pengetahuan isteri dan anak-anaknya. Argh! Kacau
jadinya nanti. "Toni, cuba bawa bertenang. Be rasional ...baby."

Beberapa detik itu, Toni tidak menjawab. Kedengaran
nafasnya dihela panjang lagi berat. Sedu-sedannya kian
mereda.

"Bang... datanglah ke rumahku," rayu Toni, lembut tetapi parau. "Datanglah ... aku memerlukanmu. Dan, aku juga perlu membuktikan yang aku tidak berbohong. Aku mahu kau-
periksa sendiri komputer yang rosak ditimpa virus itu. Datanglah, bang. Please ...!"

Secepat itu, T.B. mengancing gigi, menggenggam penumbuk gemuknya. Dia mengisar punggung di kerusi empuk di dalam bilik bacaan di banglonya sendiri. Perasaan
himbang dan geram bercampur-baur dalam dadanya. Bimbang jika perbualannya dengan Toni itu sampai kependengaran isterinya yang sedang membaca majalah hiburan. Geram kepada Toni yang menduakannya!

"Bang ... datanglah," rayu Toni lagi. "Datanglah."

"Aku sibuk," tepis T.B., pantas. Dia mengeluh resah.

"Err... Toni, aku fikir, buat ketika ini, lebih baik jika kita cool down
saja...."

"Maksudmu ... putuskan hubungan kita?"

"Terserah."

"Begitu mudah?" tingkah Toni, bagaikan terhina. Tapi,
tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak bagaikan orang yang
hilang akal. Sejurus kemudian, dia menghela nafas. "Baiklah,
aku beri masa setengah jam saja. Kalau abang tak sampai di
bangloku pada waktu itu, seluruh dunia akan tentang kita!"

Dengan api kemarahan yang menanjak ke ubun-ubunnya,
bersama-sama kepiluan yang amat pedih mercup dalam nada
suaranya, Toni menghempaskan gagang telefon itu. T.B.
tersentak nafas tiba-tiba. Buat beberapa detik, T.B. termangu
bagai ditimpa malapetaka.

(Komputer itu ... komputer itu ... mempermainkanku^)

Nampaknya hukum Murphy mendapat seorang lagi mangsa! Tapi, mengapa dia yang kena? Hatinya menyumpah-nyumpah Amjaad Farooq Alvi dan Basit Faroow Alvi, pemilik kedai Brain Computer Services di Lahore, Pakistan yang menjadi orang yang mula-mula mencipta dan menyebarluaskan virus itu. Tiba-tiba dia tergelak sendirian. Aneh, kini dia sendiri mula keliru antara virus perosak komputer dengan virus yang memusnahkan hidupnya dengan mengurangkan daya tahan seseorang mangsa. Dia keliru terus. Padahal, mereka sudah cukup berhati-hati. Seperti memelihara kesihatan tubuh, mereka melindungi data atau program komputer mereka dengan password. Jadi, bagaimana mungkin virus masih mampu menembusi pertahanan mereka, masih mampu menular ke dalam komputer dan tubuh gebu Toni. Argh! Adakah virus seperti itu juga
harus dibiarkan menular ke dalam salur nadiku? Hisy ...! dengus hatinya, kerusuhan.

(Datanglah, bang ... datanglah. Kalau tidak ...\).

Dan kini, pada saat ini, seperti seorang kekasih yang bodoh, dia tersandar terus di dinding kereta mewahnya. Di luar titik-titik hujan kian lebat. Di sana sini, guruh berdentum-dentum. Kilat sambar-menyambar. Dia terus merenung pintu banglo yang terbuka luas yang bagaikan menjemput tempias hujan masuk bertamu. Serta-merta dia
terbayangkan Toni yang lembut gemalai. Toni yang pernah membuatkan tubuhnya panas tidak keruan. Argh! Toni, Toniii ...!

T.B. memejamkan matanya rapat-rapat, membiarkan air matanya mengalir bersama-sama titisan hujan yang melenjuni tubuhnya. Nafasnya sesak. Dadanya sebak. Dia
nampak sepasang kekasih dua sejoli, ataupun sepasang mahasiswa ataupun sepasang teruna yang mempunyai higher mentality, jika dibandingkan dengan mereka yang
lain. Mahasiswa yang senior itu ialah dirinya dan yang berada dalam tahun satu itu ialah Toni, mahasiswa yang mengikuti kursus kejuruteraan komputer. Entah mengapa, setelah mahir dan faham akan sistem operasi, tumbuh pula keinginan mereka untuk menunjukkan eksistensi dengan mencipta program yang destruktif, tetapi seronok. Nikmatnya hingga tidak terkata-kata!

Selama yang pernah diingat, sebaik dia meninggalkan tempat pengajian tinggi dengan kejayaan cemerlang, dia langsung mewarisi kedai komputer setelah bapanya
meninggal. Selang beberapa tahun, Toni dijemput menyertai perniagaannya. Apa lagi, dengan berkongsi kemahiran dan kesungguhan, mereka berjaya mencipta dan
menyebarluaskan virus terbaru melalui disket-disket yang mereka perniagakan. Namun, dalam masa yang sama, mereka mencipta sejenis program baru bagi melindungi
paket-paket software untuk dijadikan barangan dagangan juga.

"Hisy! Perbuatan kita ini macam pisau bermata dua,"ujar Toni suatu ketika dahulu. Dia seperti serba tak kena.

"Mencipta virus perosak komputer sekali gus mencipta
antivirusnya pula. Macam Tuhan, berkuasa mencipta dan
memusnahkan sesuatu...."

Tuhan? Tanya hati T.B. Dengan tidak semena-mena, dia tergelak. Lucu, dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi, masih memikirkan tentang kuasa Tuhan? Amat
lucu. Lagipun, kurang tepat perbandingan Toni itu. Tuhan tidak menghadapi masalah saingan dalam mencipta sesuatu menurut kehendak-Nya. Tidak seperti dia. Perniagaan formula virus dan antivirus sendiri tidak begitu cerah masa depannya. Lebih-lebih lagi formula seperti itu bukannya formula ajaib, biarpun kisah cinta antara dia dengan Toni boleh dianggap ajaib atau ganjil. Formula antivirus tidak
berupaya mengatasi semua kerosakan secara sempurna. Itu yang membingungkan T.B., setiap saat.

"Perlu dilakukan sesuatu," ujar T.B.

"Apa?" tanya Toni yang bersedia melakukan apa saja,
demi T.B. Apa saja.

T.B. tersenyum penuh rahsia. Dan, di dalam bilik bacaan peribadi Toni itulah dia menempatkan sebuah pangkalan komputer UNIVAC. Setiap masa kosongnya dihabiskan di
bilik bacaan itu, jika tidak pun di bilik tidur Toni. Di situlah, dengan gabungan kemahiran yang ada padanya dan pada Toni, mereka memindahkan wang ringgit negara ke akaun mereka di bank-bank di Switzerland. Begitu mudah melakukannya kerana komputer UNIVAC tersambung secara rangkaian luas (wide area network) ke rangkaian komputer
antarabangsa dengan menggunakan talian telekomunikasi khas. Argh! Begitu mudah!

"Mengapa tercegat saja di situ? Mengapa tak masuk?"
desis suatu suara lembut tetapi parau, tiba-tiba. "Mengapa?
Takut terjangkit, ya?"

T.B. yang masih tersandar di dinding kereta mewahnya, tersentak daripada lamunannya, serta-merta. Matanya yang berbinar-binar itu, berkisar liar di sekitar kawasan yang
diserkup suasana senja yang kian gelap. Angin terus menderu kencang. Petir sambar-menyambar. Guruh berdentum-dentum, bagaikan sedang mengamuk. Sejurus, dia dapat
melihat sesusuk tubuh seorang pemuda yang berwajah cornel lagi ayu, disinari cahaya kilat yang memercik di angkasa. Serta-merta hati T.B. rnenjadi geram tetapi rindu.
Argh! Toni!

"Jangan bimbang," pujuk Toni yang basah kuyup seperti juga T.B. kerana ditimpa hujan. "Saya takkan sentuh abang ... kalau abang tak sudi. Saya tak mungkin tergamak
menularkan virus ini kepada abang, percayalah. Tapi, kalau abang ingin melihat komputer itu, masuklah ... ke rumahku ... bang."

T.B. mengeluh singkat. Tanpa berlengah, biarpun agak teragak-agak, dia bergegas rnengekori Toni menuju ke bilik bacaan di tingkat bawah banglo itu. Dia tercegat beberapa meter dari Toni yang berhenti di hadapan komputer itu. Buat beberapa ketika, dia termangu kebodoh-bodohan.

Matanya tersengkang ]uas, memandang ke arah sebuah pangkalan komputer UNIVAC di atas sebuah meja. Dia tidak nampak lagi bingkai kaca berbentuk hati di sisi komputer
itu. Malah, gambar Toni berpelukan mesra bersama-samanya yang terselit di dalam bingkai kaca itu juga tidak menarik perhatiannya. Pandangannya tertumpu ke arah
skrin komputer.

(Hei, tidak. Aku tidak berdusta. Komputer itu benar-benar
... mempermainkanku).


Mata T.B. terus terkebil-kebil memerhatikan layar komputer UNIVAC itu. Tampilan layar saat virus komputer itu berfungsi, kelihatan berbeza-beza. Ada yang mem bentuk
kotak hitam di layar, atau seperti bola pingpong yang menggila-gila, tidak tentu arah.

(Aku cinta padamu, bang. Aku sanggup melakukan apa saja, bang, untukmu. Apa saja. Tapi ... ia menakutkan. Sungguh!)

"Virus apa ini? Virus marijuana? Virus pingpong? Virus Yeruselam? Atau ... virus Aids?" desis T.B. tanpa sedar. Dia bagaikan terpukau pula. Toni terus mengetik punat komputer itu.

(Aku tak mahu melakukannya lagi, bang, Aku takut. Semua fius sudah kucabut dan soketnya. Arus elektriknya
telah...).


Tiba-tiba T.B. terdengar bunyi aneh keluar dari skrin komputer itu. Talian komputer yang tercabut dari soketnya dan tidak lagi mengalirkan arus elektrik ke komputer itu
kini melibas-libas di udara. Begitu pun, komputer itu seperti terus hidup sambil memancar-mancar cahaya berwarna ungu kehijauan bersama-sama bau yang sebusuk bau
lubang neraka jahanam!

"Toni ...! Lari!" jeritnya, setelah tersedar daripada keadaan terpukaunya tadi. Komputer itu bagaikan hidup dengan sendirinya.

Toni yang paling hampir dengan komputer itu, tercengang melihat komputer itu. Dan kemudian, dia menjerit nyaring, berbaur dengan bunyi aneh dari komputer yang
kian lama kian menggerunkan itu. la seperti mahu membalas dendam kerana disalahgunakan orang. Talian komputer itu melibas-libas terus. Toni cuba
menepisnya lagi. Tetapi talian itu terus menangkap dan merangkul tubuh gebu Toni yang dijangkiti virus Aids itu. Toni yang menjerit-jerit, terangkat ke arah skrin komputer. Di skrin komputer kelihatan seolah-olah ada sebuah mulut
yang kecil tetapi mempunyai taring yang panjang. Taring itu terus menggigit dan terus mengunyah daging tubuh Toni dengan penuh selera, sedikit demi sedikit. Toni terus menjerit dan meronta-ronta kesakitan. Darahnya memancut di mana-mana.
T.B. melonjak tangkas dan cuba melepaskan Toni daripada pelukan talian komputer. Tetapi talian lain di komputer pula melibas-libas ke arahnya dan menangkap kaki T.B. buat seketika. T.B. bergelut untuk melepaskan kakinya. Dia sempat memandang ke arah komputer yang kini kelihatan seperti lembaga hitam yang menggerunkan. Beberapa talian
komputer yang lain melonjak keluar dari "mulut" komputer itu dan cuba menangkapnya.
Dengan segala kekuatan, dalam kengiluan apabila terdengar ratapan dan raungan Toni yang ngeri, dalam suasana yang haru-biru, T.B. berjaya melepaskan diri. Tanpa menoleh lagi, dia meluru keluar dan terus melarikan diri dengan kereta mewahnya. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi jeritan Toni, di kejauhan. Namun, dia
tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Lantas, dia tersendu keharuan.

(Aku cinta padamu, bang. Aku sanggup melakukan apa saja bang, untukmu. Apa saja....).

"Maafkan aku, Toni. Maafkan aku," desisnya keharuan. Mustahil! Desis hatinya, setelah beberapa hari kejadian ngeri itu berlaku. Mustahil mereka tidak menemukan mayat Toni. Mustahil bilik bacaan tempat peristiwa itu berlaku kelihatan begitu bersih dan kemas. Mustahil tidak setitis pun darah Toni ditemui di situ! Mustahil Toni ghaib begitu saja!

"Mungkin Toni pergi melancong ke luar negara," pujuk setiausahanya, tempoh hari.

"Mungkin Toni mahu bersendirian untuk memikirkan masa depannya," pujuk salah seorang sahabatnya.

"Mungkin Toni sudah mendapat kekasih baru," sela isterinya, sinis.

T.B. mengeluh resah. Sejak peristiwa ngeri itu, dia banyak mengurungkan diri di dalam bilik bacaannya. Entah mengapa, setelah beberapa hari berlalu, tanpa sebarang
berita tentang Toni biarpun daripada pembantu rumahnya, T.B. mula meragui kewarasannya sendiri. Argh! Adakah peristiwa yang kusaksikan tempoh hari hanyalah khayalan liarku semata-mata? Ya, mungkin juga. Mungkin juga. Lantas, dia mengeluh lega. Dia terus bersandar di kerusi empuk, di bilik bacaannya itu.

Dengan tidak semena-mena, bulu tengkuknya meremang tegak. Seperti ada sesuatu yang mengarahkan matanya untuk melihat ke arah komputer di atas mejanya. Tiba-tiba
ada bunyi aneh keluar dari skrin komputer itu bersama-sama bau busukmelantung. Kelihatan jumlah titik-titik yang terbit di skrin komputer itu mula membentuk wajah seorang pemuda cornel lagi ayu, macam dalam video game. Tapi...arus elektriknya sudah dimatikan! (... Datang ... aku datanglah ni, bang. Aku datanglah ni,
bang).

"Toni!" ujar T.B., tersentak gempar.

"Yalah, akulahyangsedangbercakapdengan abangni,"
keluh Toni yang sedang menunggangi virus-virus komputer
pelbagai jenis di skrin itu. "Aku datanglah ni, bang. Aku
rindu padamu. Tanpa abang, siapalah aku. Kita berdua
saling memerlukan, saling melengkapi. Aku datanglah ni,
bang.... Hik, hik, hiliiik ...!Argh! Nikmatnya

T.B. melonjak bangun, lalu meluru ke pintu. Malangnya.
kakinya tersangkut di salah satu talian komputer yang entah
dari mana datangnya. Dia terus tersepuk di lantai.

"Ya, Tuhan! Tolong!" jerit T.B. kerusuhan. "Tolong ...!"
Talian komputer itu melibas terus. Ganas!

Azmah Nordin

Baqis

(saya kongsikan bersama salah satu cerpen saya yg kini telah diantologi persendiriankan dlm Titian Gelora, terbitan DBP, utk pengunjung yg tinggal di luar negara dan tak dpt membelinya. Terutama sekali utk Fatin dan peserta2 bengkel lain, yg mahu melihat bagaimana saya mengangkat latar Mesir ke dlm karya. Terima Kasih DBP :) yg sgt byk membantu saya dlm dunia penulisan, selama ini)
------


BALQIS


DI ANTARA kemerduan irama gambus yang menyesakkan pendengaran, perasaan dan fikirannya, Adam berteleku di tepi jendela bilik penginapannya yang serba ekslusif. Entah mengapa, sejak mengunjungi gudang membuat permaidani tempoh hari, dia merasakan seluruh jiwa raganya dingin beku bagaikan dia terperangkap dalam ketulan ais; bertahun-tahun lamanya. Padahal, dia berbaring di sisi isterinya yang bertubuh hangat lagi gebu!

Malangnya, peristiwa di gudang membuat permaidani itu terus datang dengan gambaran wajah kanak-kanak perempuan yang cornel. Wajah yang tersirat berjuta rasa pilu.
Setelah melalui tiga malam yang dingin berturut-turut dengan segala resah gelisah, sekaligus menyeksakan batin dan kewarasannya, Adam merasakan bumi Kaherah yang dipijak itu bukan saja penuh dengan sejarah, tetapi juga menyimpan suatu sejarah hidup peribadinya, yang sekian lama cuba dikuburkan dan dilupakan.

Perlu mencari kepastian, desis hatinya. Jika tidak, gila jadinya dia. Demikianlah, Adam merasakan irama gambus yang kedengaran sayup-sayup lagi memukaukan itu, menggamit dan bagaikan menyeru-nyeru namanya, dia kian resah. Sewaktu dia melangkah keluar dengan berhati-hati dari bilik penginapannya, terasa seperti dia turut berusaha memecahkan ketulan ais yang sekian lama mencengkam jiwanya. Tetapi gagal.
Ya, sekurang-kurangnya aku berusaha, fikirnya. Dia melangkah cepat-cepat ke lif, seolah-olah sedang dikejar oleh bayang-bayang sejarah silamnya. Sejarah
silam itu menghantui benaknya pada waktu siang dan mengganggu tidumya pada waktu malam. Dan dalam tidurnya, dia mengigau dan terus mengigau. Dia mengigau tentang hidupnya sebagai siswa di Universiti Al-Azhar, sepuluh tahun yang lalu. Tentang pengajian-nya dalam jurusan ekonomi itu. Tentang politik tanah airnya. Tentang ibu bapanya yang sudah lama menjadi arwah. Tentang isteri pilihan keluarga, yang disogokkan kepadanya sebaik-baik saja dia kembali ke tanah air. Tentang cinta. Dan tentang ... Balqis, yang bergerak bagai sedang menarikan tarian perut diiringi irama
gambus.



"Siapakah engkau dan kepunyaan siapakah dirimu?" soal Adam bagaikan tercabar bercampur geram terhadap sikap gadis siswi jurusan sastera yang baru
dikenalinya.

"Namaku, Balqis binti Abu Hurairah bin Abu Qarrun bin Abu Munabbah al-Yamaani. ... Perlu saya teruskan lagi?" soal Balqis, nakal. Dan setelah melihat kening
Adam bertaut, dia ketawa kecil. "Dan ... diriku kepunyaan siapa? Aku diciptakan Allah untuk dirimu... Adam, tidakkah engkau tahu?"

"Mari ke sini!" perintah Adam, semakin geram. Irama gambus yang merdu, menerpa ke jendela hatinya, sebaik-baik saja bas yang membawa rombongan Persatuan Sejarah Universiti Al-Azhar itu, berhenti di hadapan gedung yang bertulis Cleopatra Papyrus
Institute. Gadis Timur Tengah yang nakal itu melirik manja ke arahnya sebelum bergegas turun.

"Engkaulah yang ke mari!" cabar gadis itu, dengan loghat Timur Tengahnya yang agak pekat.

Adam mendengus kasar, mengancing gigi dan menggenggam penumbuk. Dia melangkah turun, lambat-lambat, cuba menenteramkan perasaannya. Dia mengekori ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh pensyarah mereka, memasuki sebuah galeri yang penuh dengan lukisan-lukisan reproduksi Mesir Kuno di atas papyrus, kertas asli Mesir. Dan mereka terus ke bengkel pembuatannya, dengan menuruni lorong tangga pula. Biarpun matanya menyorot ke arah beberapa orang remaja lelaki yang duduk meraut batang-batang papyrus, sejenis rumput yang tumbuh di pinggiran sungai, tetapi seluruh fikirannya tertumpu ke arah gadis Timur Tengah yang nakal yang memakai pakaian dari Barat itu. Begitu dia melihat inti batang papyrus dibelah tipis-tipis dan kemudian disusun rapat dua lapis,dia merasakan hatinya yang dibelah tipis-tipis dan kemudian disusun rapat dua lapis - dengan hati Balqis!

"Setelah tepinya dirapikan dan dihaluskan permukaannya dengan batu," jelas ketua rombongan Persatuan Sejarah itu lagi, "hasilnya ialah selembar
kertas yang amat liat dan lentur, dapat digulung kecil
tanpa patah."

Amat liat dan lentur, dapat digulung kecil tanpa patah? Tanya hati Adam tiba-tiba. Dia hampir tergelak. Bagi Adam, semua kaum wanita begitulah sifatnya setelah dirapi tepinya, dihalusi pennukaannya, biarpun liat, ia masih boleh lentur dan dapat digulung kecil tanpa patah. Dia yakin, begitulah sifat Balqis, gadis Timur Tengah yang bagaikan memberontak dan menonjolkan sifat yang liat kerana terbawa-bawa
dengan fahaman pejuang pembebasan hak wanitanya. Jangkaan Adam memang tidak meleset. Setelah bertahun-tahun bersama-sama Persatuan Sejarah, dia dapati gadis itu boleh dilentur dan dapat digulung kecil tanpa patah apabila dimasukkan ke dalam poket peribadinya. Akhirnya, dua minggu sebelum dia berangkat pulang ke tanah air, setelah berjaya menerima skrol ijazah, segera tercetus keinginannya untuk melihat perkampungan Balqis yang jelita itu.

"Mesir ialah kurniaan Nil," ujar Balqis sambil tersenyum.

"Hmm ...?" Adam termangu mendengar jawapan itu apabila dia mengajukan keinginannya.

"Ah, bukankah sejarawan Yunani Herodotus pernah berkata begitu?" tingkah Balqis sambil menahan teksi. "Untuk itu, silakanlah menikmati keindahan kurniaan Nil bersama-sama."

Teksi usang itu meluncur laju. Di sepanjang perjalanan menuju ke kampung Balqis yang terletak di pinggir Sungai Nil, pandangan Adam menerawang ke arah kedai-kedai menjual cenderamata di Giza. Teksi terus dipecut ke Saqqara, sekitar 27 kilometer dari Kaherah. Lalu menyusuri anak terusan cabang Sungai Nil, mengitari seluruh daerah perladangan jagung yang subur, berselang-seli dengan padi dan kapas.
Alangkah indahnya pemandangan itu! Desis hati Adam. Dia disentuh nostalgia apabila melihat rumah-rumah petani dari bata lempung, seakan menghirup nafas di pinggiran sungai. Suasana di sebuah perkampungan petani di pinggiran sungai, di negeri kedah,
menghimbau kembai ke dalam ingatannya. Alangkah indahnya suasana itu. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berkejaran di bawah pohon kurma, beberapa orang lelaki yang berpakaian jallabiya berkemeja panjang sampai ke buku lali sedang menunggang
keldai yang membawa muatan berat, beberapa orang wanita berpurdah hitam membawa guci dan keranjang di atas kepala; tanpa memperdulikan trak-trak yang bergerak laju dan beberapa penduduk tempatan yang berpakaian Barat.

"Indahnya," ujar Adam yang menikmati sebuah gambaran perkampungan yang tidak banyak berubah sejak ribuan tahun, lengkap dengan beberapa ekor unta yang dikerah membawa batang-batang pelepah daun palem untuk dijadikan atap rumah di kampung itu.

"Silakan," tegur Balqis, sebaik-baik saja teksi berhenti.

"Assalamualaikum ...," tegur seorang lelaki tua yang kemudiannya dikenali sebagai Ab Qarrun, datuk Balqis. "Alhamdulillah, selamat datang, aku amat senang menerima kunjunganmu. Dan aku yakin, jika kedua-dua ibu bapa Balqis masih hidup pun, tentu
mereka juga senang menerima kunjunganmu, cucuku. Ah, aku seperti sudah lama mengenalimu, melalui cerita-cerita yang dibawa oleh Balqis, setiap kali dia
mengunjungiku."

Demikianlah, Adam dilayani penuh mesra oleh Abu Qarrun. Tidak dirasanya masa berlalu sehingga begitu lewat petang. Akhimya, tanpa banyak alasan, tanpa sedikit pun keberatan, Adam menerima pelawaan lelaki tua itu agar dia bermalam saja di rumah usang mereka. Namun, ketika dia hendak bertolak pulang pada keesokan paginya, Abu Qarron mengajukan suatu soalan yang menggugat ketenteraman fikirannya.

"Adam, apa niatmu terhadap cucuku?" soal Abu Qarrun dengan suaranya yang bernada lembut tetapi tegas. "Apa perasaanmu terhadap Balqis? Jelaskan, cepat!"

"Err ... saya amat sayang padanya, tuk," ujar Adam, teragak-agak sedikit. "Hubungan kami amat rapat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi kami
tak pernah. ..."

"Aku tahu, aku tahu ...!" tingkah lelaki tua itu. "Aku banyak mendengar cerita daripada Balqis sendiri, juga daripada teman-teman sekampusnya yang tinggal
sekampung. Seluruh isi kampung juga sudah tahu. Apa tindakanmu untuk membersihkan nama cucuku itu?"

"Niat saya cukup suci, tuk. Saya ingin sekali mengambil Balqis sebagai isteri, jika ...," jelas Adam. Dia ingin menjelaskan kedudukannya sebagai siswa Universiti Al-Azhar yang dibiaya oleh bapa saudaranya. Dia ingin menjelaskan betapa cuma seminggu saja lagi, dia perlu bersiap-siap untuk pulang ke tanah airnya. Dia ingin sekali mengadu betapa dia tidak mampu membiayai tiket penerbangan Balqis ke Kedah,
andainya dia menikahinya. Dia ingin sangat-sangat.

"Kalau begitu, selesai masalah!" pintas lelaki tua itu sambil menyeka air jernih di kelopak matanya. "Alhamdulillah adalah pujian-Mu, dan keagungan adalah sarung-Mu, dan kesombongan adalah sedang-Mu,seluruh makhluk adalah hamba-Mu jadikan malaikat-malaikat dan penghuni langit sebagai saksi; aku, hamba-Mu yang hina ini, nikahkan cucuku Balqis dengan Adam dengan mas kahwin, dan tasbih serta tahlil atas-Mu!"

Balqis yang sejak tadi sibuk di dapur, tiba-tiba muncul di ruang tamu. Lantas, lelaki tua itu menjelaskan akan pemikahan cucunya dengan Adam. Balqis ternyata agak tersentak, tetapi sejurus kemudian mengangkat muka menatap wajah Adam dengan suatu
pandangan yang lembut.

"Mas kahwinku, bagaimana?" soal Balqis, seperti mencabar.

Memikirkan tentang kebiasaan dowry yang mencapai $20000 hingga S30000 di Kaherah itu. “Perlukah aku mengadakan emas, perak atau permata," sela Adam, "Sebagai mas kahwin untuk diberikan kepada Balqis?"

"Tidak perlu," tegas lelaki tua itu. "Mas kahwin Balqis ialah dengan membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi Muhammad S.A.W. penghulu seluruh Rasul. Berikanlah selawat kepada Muhammad supaya dengan izin Allah, akan aku halalkan Balqis bagimu.”

Lantas, tanpa membuang masa lagi, Adam pun membaca selawat Nabi. Dan, selama seminggu kemudiannya, sebelum dia berangkat pulang ke tanah air, dia dan Balqis menyempurnakan hidup sebagai suami isteri. Cuma seminggu saja.

Pintu lif yang terbuka, tiba-tiba menyentak lamunan Adam ke alam nyata. Dia melangkah keluar dari perut lif itu, seperti dia melangkah keluar meninggalkan
kenangan silam yang sering menghantuinya. Apalah yang dapat dilakukan lagi, apabila sekembalinya ke tanah air setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar. Dia dijodohkan dengan anak gadis bapa saudaranya; bapa saudara yang dengan murah
hati membiayai pengajiannya hingga ke seberang laut itu. Untuk tidak melukai hati keluarganya, dia menangguhkan berita tentang dia dan Balqis. Dan sewaktu dia mencecahkan dahi untuk membatalkan air sembahyang isteri pilihan keluarganya yang tidak kurang cantiknya jika dibandingkan dengan Balqis, pada malam pertama,
nalurinya memberitahu supaya dia menangguhkan saja dulu berita tentang dia dan Balqis. Dan berita itu tertangguh-tangguh terus, berturut tahun. Seperti surat
yang dijanjikan untuk dikirim kepada Balqis dulu, turut tertangguh-tangguh.

"Good morning, sir," tegur bell captain hotel ketika melihat Adam muncul di lobi.

"Morning ...!" balas Adam, segera berlalu pergi.

Tatkala langit subuh musim dingin belum menampakkan diri, dengan hati yang berat lagi berbelah bagi, Adam menjengah muka di pintu bandar utama. Dia mengeluh singkat, penuh resah. Saat itu, suasana sekitar deretan hotel yang bercambah di pesisiran Sungai Nil yang membelah kota, cuma kelihatan hidup dengan beberapa buah teksi usang bergerak perlahan mencari penumpang.

"Andainya encik ingin pergi sendirian tanpa berkumpulan, eloklah encik menyewa teksi. Belanjanya murah dan selamat pula."

Hampir tergelak Adam mengingati pesanan bell captain hotel itu, ketika dia dan beberapa orang ahli rombongan yang dianjurkan oleh panitia Aga Khan Award supaya mengunjungi Kaherah. Namun, kehadiran isterinya dalam rombongan itu dibiayai oleh bapa mentuanya.

"Berbahaya sendirian ke Kaherah," usik bapa mentuanya sambil mengenyitkan mata. "Gadis-gadis Kaherah cantik-cantik belaka."

Serta-merta dadanya sebak. Nafasnya sesak. Di kembali diganggui oleh peristiwa di gudang membuat permaidani tempoh hari. Peristiwa yang sedikit sebanyak mengembalikan ingatannya kepada sejarah hidupnya di bumi Kaherah, sepuluh tahun yang lalu; juga
seperti bumi Kaherah yang penuh sejarah; dengan piramid dan Sphinx yang amat mengagumkan; dengan makam-makam peninggalan yang bersalutkan emas dengan gadis-gadisnya yang jelita; dengan irama gambus dan tarian perut; dan dengan Balqis!
Serentak, kakinya terus berundur, ingin kembali ke tempat penginapan yang serba eksklusif - di sisi isterinya. Dia perlu mencari kepastian, jika tidak mahu
peristiwa di gudang membuat permaidani tempoh hari terus-terusan menggugat ketenangannya. Dia perlu.

Lalu dia menahan sebuah teksi dan mengarahkan pemandunya ke sebuah perkampungan yang tidak berubah sejak dulu. Dia pernah menginap di salah sebuah rumah di perkampungan itu, bersama-sama Balqis, selama satu minggu.

"Mustahil!" desis hatinya. "Mustahil kalau cuma seminggu, sudah membuahkan hasil. Karut! Kerja gila jika mempercayainya! Tapi. ..."

Teksi usang itu terus meluncur laju. Setiap kali mereka melewati sesebuah bangunan bersejarah, pemandu teksi itu mengerling ke arahnya melalui cermin kecil yang tergantung di hadapannya. Dia bertanya sama ada Adam berminat untuk singgah di Cairo
Marriot, bekas istana mendiang Raja Farouk dan Alexandaria yang gemar berfoya-foya dan kemudiannya digulingkan oleh Gamal Abdel. Adam menggelengkan kepala, menolak tawaran pemandu itu. Teksi usang itu terus meluncur laju melewati bangunan Cleopatra Papyrus Institute, melewati pelancong-pelancong dari Eropah yang kelihatan seronok
menunggang unta di padang pasir, melewati beberapa buah piramid raksasa yang dibina khas untuk Firaun Khufu atau Cheops, melewati sisa-sisa kuil peninggalan zaman silam. Teksi itu terus melewati daerah perdagangan Kaherah, melintasi Universiti Al-Azhar dan kemudian mereka melewati tanah perkuburan yang berbatu-batu panjangnya, merangkap daerah penempatan bagi mereka yang miskin. Hatinya tertanya-tanya, 'apakah di tanah perkuburan ini tempat kedua-dua ibu bapa Balqis dikebumikan? Dia mengeluh panjang. Ah, masih hidup-kah lagi Abu Qarrun, lelaki tua yang memelihara Balqis
sejak kecil itu? Apakah lelaki tua itu juga sudah disemadikan di tanah perkuburan itu kini?

Namun lamunan Adam segera terbang, apabila teksi itu tiba-tiba berhenti di hadapan bangunan yang bertulis Carpet School. Serta-merta wajahnya pucat seperti mayat. Dengan suara yang sedikit kasar, dia mengarahkan pemandu teksi itu meneruskan perjalanan ke tempat yang ditujuinya. Kemudian, dengan suara yang lembut, setelah berjaya mengawal perasaannya, dia menjelaskan kepada pemandu itu bahawa dia telah
pun melawat gudang membuat permaidani itu beberapa hari yang lalu bersama-sama isterinya.

"Allah, bang. Rendahlah mutu permaidani-permaidani ni," bisik isterinya pada ketika itu. "Ah, patut pun, budak-budak kecil yang disuruh buat!"

Begitu isterinya membebel tentang mutu permaidani itu. Adam merasakan bagai terpanggil untuk menghampiri beberapa orang kanak-kanak yang sedang membuat permaidani itu. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga ke sepuluh tahun itu,dengan pipi yang kemerah-merahan, mata bulat yang jernih dan sayu, duduk berderet-deret membuhul satu per satu benang-benang sutera untuk dibuat permaida-
ni. Seorang pengawas lelaki yang berwajah dingin dan bengis, memberi arahan dan memerhatikan kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak itu. Dengan tidak semena-
mena, salah seorang daripada kanak-kanak itu memberanikan diri mengangkat muka dan menatap wajah Adam, bagai meraih simpati. Beberapa detik kemudian, sinar mata kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan sembilan tahun itu berubah, menjadi bercahaya-cahaya. Dengan tidak semena-mena, dia melonjak datang dan memaut leher Adam.

"Ayah! Saya tahu ayah akan datang ...!" ujar kanak-kanak itu, berulang kali dan tersekat-sekat.

"Saya tahu! Biar apa pun orang lain kata, saya tak peduli. Saya tahu, saya juga ada ayah seperti budak-budak lain. Saya tahu, ayah saya akan datang dan menyelamatkan saya daripada pengawal yang jahat itu!"

Dengan tidak semena-mena, tubuh kanak-kanak perempuan itu tersentak ke belakang dengan kasarnya. Pengawal lelaki yang berwajah bengis itu, tidak putus-putus menghamun kanak-kanak perempuan yang meronta-ronta dalam genggamannya.

"Ayah! Tolonglah saya, ayah!" rintih kanak-kanak perempuan itu, tersedu-sedan. "Jelaskan pada pengawal lelaki yang jahat itu, saya bukan anak yang tidak berbapa. Saya ada ayah juga. Dan ayah saya sudah datang, untuk membawa saya pergi. Tolonglah, ayah ...!"

"Tapi, saya tak pernah mempunyai anak perempuan," jelas Adam, biarpun dia amat bersimpati dengan nasib anak malang itu. "Percayalah, kalau saya ada anak perempuan, saya akan berterus terang. Buat apa saya berbohong. Tapi, saya ada anak lelaki, tiga orang semuanya, nun jauh di negara Malaysia. ..."

Dengan tidak semena-mena, kanak-kanak perempuan itu berhenti meronta-ronta. Dengan teresak-esak, dia menyeka air matanya dan merenung wajah Adam dengan pandangan yang amat sayu. Aneh, air muka yang jernih yang terpancar di wajah kanak-kanak
perempuan itu, seakan-akan pemah dilihat di wajah seorang kanak-kanak lain sebelum ini. Nafas Adam tersentak. Ah, mustahil! Mustahil! Mustahil air muka anak kecil ini serupa dengan air muka anak-anakku! Karut! Karut ...! Bantah hatinya, kerusuhan.

"Ada apa, bang?" soal isterinya, terpinga-pinga dan tidak mengerti sepatah pun perkataan yang diucapkan oleh anak kecil itu.

"Maafkan kami tuan," ujar pengawal berwajah bengis itu. "Saya tak sangka anak ini akan berkelakuan begini ganjil kerana selama ini, dia cuma berangan-angan saja kononnya dia juga mempunyai ayah. Budak ini anak tanpa ayah, anak luar nikah, tuan. Maafkan kami. ..."

"Tak mengapa, tak mengapa ...," jawab Adam, serba tidak kena.

"Saya akui, kelakuan anak itu memburukkan pandangan pelancong terhadap kami. Saya mohon maaf, tuan," tingkah pengawal berwajah bengis itu. "Saya sudah cukup bertimbang rasa padanya. Dia cucu petani miskin. Di sini dia diberi peluang belajar membaca dan menulis, sambil bekerja menenun permaidani. Ah, kalau bukan kerana datuknya, datuk saudara saya juga, dah lama saya halau dia dan sini. Maafkan kami, tuan. ..."

Dengan wajah yang tersirat berjuta-juta rasa pilu, kanak-kanak perempuan itu bergegas menghala ke belakang gudang. Dan sewaktu Adam dan isterinya kembali menaiki teksi untuk segera pulang, sekali lagi kanak-kanak perempuan itu datang secara mencuri-curi; bimbang dilihat oleh pengawal lelaki berwajah bengis itu. Adam dan isterinya menjenguk ke luar tingkap teksi dan meneliti wajah kanak-kanak perempuan itu. Dengan tidak semena-mena, hati Adam disentuh pilu.

"Apa yang pak cik boleh buat untukmu, nak?" soal Adam, lembut.

"Nah, ambillah permaidani kecil ini," ujar kanak-kanak perempuan itu, perlahan. "Permaidani ini memang saya tenun khas untuk ayah saya, apabila ayah saya datang. Bertahun-tahun lamanya, saya menenun dan melukis gambar di permaidani ini. Setiap
wang saku saya, saya gunakan untuk membeli benang-benangnya. Nah, saya harap permaidani itu menyenangkan ... tuan, biarpun tuan tak mengakui saya anak
tuan. ..."

"Siapa namamu, nak?" soal Adam, teragak-agak menyambut pennaidani pemberian anak kecil itu. Diterima salah, tidak diterima mungkin akan membuatkan gadis kecil itu kian parah.

"Nama saya, Ruqqayah binti Adam bin Imran bin Abdul," jawab anak kecil itu, kembali teresak-esak. "Dan arwah ibu saya bemama Balqis binti Abu Hurairah bin Abu Qarrun bin. ...." Tanpa menghabiskan kata-katanya, anak kecil itu terus berlari pergi,
meninggalkan Adam yang berwajah sepucat mayat.

"Ada apa, bang?" tanya isterinya. "Apa yang budak tu cakap? Apa?"

Teksi usang itu terus memecut laju, menyusuri sebuah perkampungan petani di pinggiran Sungai Nil. Teksi itu kemudian beransur-ansur perlahan dan berhenti di hadapan sebuah rumah usang. Adam turun dari teksi sambil menggenggam sehelai permaidani comel sebesar sapu tangan lelaki. Pada permaidani itu tertera dengan lukisan wajah Balqis dan Adam, dalam pakaian perkahwinan ala Barat. Dengan hati yang
berdebar-debar, dia melangkah menghampiri seorang lelaki yang sangat tua yang sedang berdiri di bawah pohon kurma. Lelaki itu terkejut dan kemudian tersenyum.

Adam tersedak hiba. Pada hari ini, dia bertekad akan melangkah keluar dari ketulan ais yang sekian lama memerangkap jiwa dan raganya. Dia wajib menembusi ketulan ais itu, untuk menebus dosanya. Dia perlu!

AZMAH NORDIN

Kuntum Perdamaian

(Tujuan saya menyiarkannya kembali cerpen yg telah diterbitkan dlm antologi persendirian Wizurai terbitan DBP ini di sini, adalah untuk mengongsikannya dgn pengunjung yg berada di luar negara dan tak dpt membelinya. Saya mendapat idea utk cerpen ini, setelah menyaksikan Presiden Arafat memberikan ucapan ttg perdamaian sambil memegang sekuntum bunga mawar merah, lewat kaca tv :))


Kuntum Perdamaian


Dari jauh kedengaran bunyi beberapa ledakan bom, berdentum hingga ke bumbung bangun-
an hospital. Namun begitu, hatinya tidak tergerak untuk menjenguk ke luar melihat bangunan hospital yang rosak teruk dibom sepanjang malam itu. Tiada apa-apa keistimewaan yang dapat dilihat di luar sana. Tiada kecerahan dan kejernihan lagi. Di sana sini, suasana langit begitu kabut dengan kepulan asap hitam bercampur merah, yang menabun mengitari bumi Teluk. Malah, dinding hospital itu
kerap digegarkan oleh ledakan bom yang menggila, terus-terusan menjunam di bumi yang malang.

Suara esak tangis dan teriak kanak-kanak, suara orang dewasa yang melenting marah pada sesuatu yang di luar keupayaan mereka untuk menentang, suara helang laut yang riuh-rendah cuba menyambar ikan mati di permukaan laut yang berminyak pekat, semuanya tidak berjaya menahan Khadijah daripada terus-terusan mencuci tangannya di sinki usang itu.



Sinki yang usang itu telah dikunjunginya, entah berapa kali, sejak satu jam yang lalu. Sambil mencuci tangan dengan sabun antiseptik berulang-ulang kali, matanya mengerling ke bilik bedah. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi tapak
selipar yang bergerak resah di lantai bilik bedah itu. Dia juga turut mengeluh resah. Bunyi itu seperti mengingatkan dia pada perjalanan masa yang ber-
gerak pantas. Kian lama kian jelas. Kian lama kian mendesak. Aduhai! rintih hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alang-
kah letihnya jiwa ini!

Dengan mata yang terkedip-kedip, dengan tubuh yang dibaluti pakaian seragam berwarna
hijau muda yang lusuh, dia tcrus mencuci tangannya. Sengaja dia tidak menutup paip, biarpun dia sedar catuan air perlu diambil kira. Biarpun kulit jari-jemarinya scmakin kembang kini. Sengaja dia tidak menutupnya, kerana dia tidak mahu mende-
ngar suara mereka di bilik bedah itu, menyentuh pendengarannya. Dia tidak sanggup mendengar perbualan mereka tentang tubuh kecil di meja bedah itu. Dia tidak sanggup lagi. Sungguh!

Entah mengapa, biarpun dia cuba memujuk hatinya agar menjalankan tugasnya seperti biasa, lebih-lebih lagi apabila mengenang betapa kes serupa itu telah acap kali dilaluinya; dia tidak berupaya menggesa kakinya melangkah ke bilik bedah
itu lagi, buat kali ini. Dia tidak dapat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hatinya!

Entah mengapa, sejak lima bulan yang lalu, sejak menjejakkan kaki ke bumi Teluk ini, dia berasa seperti berada dalam mimpi ngeri. Tanpa sedar, dia cuba menggapai semula kenangan manis di tanah airnya yang aman permai, yang amat dirinduinya. Dia begitu teringin berada dalam suasana yang melingkari damai dalam jiwanya, yang tidak
mampu dihulurkan oleh bumi Teluk ini. Apakah dia menyesal mendaftarkan dirinya
sebagai sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah dahulu? Apakah sia-sia sahaja dia bertungkus-lumus belajar bahasa Arab dahulu? Ah, sesungguhnya, dia sudah tidak tahu lagi!

Pada saat melihat tubuh gadis kccil itu disorong ke bilik bedah, keinginannya untuk kembali ke bumi Malaysia, semakin mendesak. Meledak-ledak, membakar urat-urat sarathya. Tersengguk dia di sinki usang itu tiba-tiba.

"Siapa nama gadis kecil itu?" tanya Khadijah, pada suatu ketika dahulu. Dia menyoroti wajah gadis kecil yang memegang sekuntum bunga merah.

"Atiqah," ujar jururawat terlatih di sisinya.

Lantas Khadijah, terus memerhatikan gadis kccil yang bernama Atiqah itu yang sedang bergegas ke bilik rawatan ccmas. Pada ketika itu, semua petugas di hospital itu, berpura-pura tidak melihat akan gadis itu, biarpun kehadirannya di bilik rawat-
an cemas itu, melanggar peraturan hospital. Sedetik, kelihatan gadis kecil itu meneliti tangan ibunya yang lebam-lebam akibat disuntik dengan jarum. Biarpun ditambah dengan pelbagai jenis dadah, silih berganti botol saban hari, yang mengalir terus ke dalam pembuluh darah ibu gadis kecil itu; ibunya tetap terus nazak. Ibunya yang terhumban ke tanah dari lori minyak yang dipandu oleh ayahnya,
terus diam membisu. Dan lori itu terbakar rentung bersama-sama ayahnya.

Dari meja tulisnya, Khadijah nampak gadis kecil itu mengeluh panjang. Sejurus kemudian gadis kecil itu kelihatan memanjat ke pinggir katil lalu menyematkan bunga berwarna merah itu, di celah-celah rambut ibunya yang sedang nazak.

"Ibu, bangunlah ibu," rayu gadis kecil itu seraya mengucup ibunya, bertubi-tubi. "Bercakap-lah dengan saya, bu. Bercakaplah!"

Khadijah segera melarikan pandangannya ke arah pesakit lain. Terasa kelopak matanya berat dengan takungan air jernih. Entah mengapa, memerhatikan Atiqah terbongkok-bongkok di pinggir katil ibunya yang nazak, terbayang pula dia akan wajah arwah ibunya sendiri. Dia terbayang ibunya yang beruban rambutnya, tenang menerus-
kan tradisi kaum asalnya; kaum Idaan. Dia seperti melihat ibunya amat tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam bakul raga dan sebagainya. Kadang-kadang, ibunya yang sentiasa menguntum senyuman manis itu, kelihatan terbongkok-bongkok menuai padi di sawah yang luas terbentang. Ah, betapa dia merindui ibunya!

Khadijah terus tercegat di sinki usang itu. Nafasnya dihela panjang-panjang. Dan serta-merta, gambaran wajah arwah ibunya menerjah tiba lagi. Lantas, dengan pandangan mata yang berpinar-pinar, dengan wajah sayu yang tersirat dengan ber-
juta rasa pilu, diamat-amarinya keadaan di bilik bedah itu, meresap dan membawa ingatannya kepada cerita ibunya yang berketurunan Idaan, tentang kepercayaan nenek moyang mereka yang berasal daripada Nunuk Ragang. Tempat yang terletak di Tampias, di suatu kawasan di hulu Labuk dalam daerah Ranau itu, terdapat Sungai Liwagu dan
Sungai Gelibang yang mengalir ke arah timur Ranau dan Tambunan. Alangkah gementar hatinya apabila terbayangkan bentuk pohon ara yang sebesar enam pemeluk dan daun-daun yang merimbun, berdiri teguh di tebing sungai!

Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang Dusun Idaan yang membina tujuh buah pondok
berukuran 185 meter persegi setiap satu, di bawah pohon ara merah atau Nunuk Ragang itu, bagaikan hanya wujud dalam impiannya. Saban hari orang Dusun Idaan ermandi-manda di sungai itu, sebelum memanjat pohon itu bagi menjemurkan diri
mereka di dahan-dahannya. Benarkah akar-akar pohon ara yang berbunga merah itu, mampu menyembuhkan pelbagai penyakit? tanya hatinya, kerusuhan.

"Ah ...!" rintih Khadijah. Kalaulah cerita tentang pohon ara yang berbunga merah dan mempunyai keajaiban pada akarnya itu, bukan legenda semata-mata, alangkah mudahnya kerja menyembuhkan sesuatu penyakit dilakukan? Contohnya, penyakit ibuku. Sayang sekali ibuku tidak dapat diselamatkan. Ibuku meninggalkanku juga, akhir-
nya. Entah mengapa, serta-merta seluruh hatinya terasa amat sepi. Kesepian vang begitu menguasai dirinya, dan dia berasakan lorong hidupnya bagaikan sentiasa terpencil di sudut suram, sejak kematian ibunya. Tertaut kabus berbau amunasi yang berpanjangan. Justeru itu dia berkejaran terus-terusan, menghela nafas yang tersepit, pada batas-batas telaga hati, menyongsong sinar matahari yang ter-
sembunyi. Terasa bagai menyongsong kelangsungan hidup insan lain yang tanpa tempat mengadu, untuk survival; biar apa pun yang datang melanda.

Kelopak mata kuyu Khadijah terus merenung tajam jari-jemarinya yang kian kembang berendam dalam air. Tubuhnya yang berusia awal tiga puluhan itu, masih terkaku di sinki usang. Bintik-bintik peluh, memercik di seluruh garis wajahnya yang
ketegangan. Suara kanak-kanak dan orang dewasa yang hingar-bingar berbaur dengan deruman enjin kenderaan yang bersimpang-siur di luar sana, tidak berupaya melenyapkan kesepiannya. Digagahi dirinya untuk tidak mengizinkan matanya meliar memerhatikan sekujur tubuh kecil yang terbaring di meja bedah. Sedaya upaya dia
bergelut dengan perasaannya untuk tidak mengizinkan pintu hatinya tcrbuka sehingga memboleh kan wajah cornel yang bernama Atiqah itu, menggugah perasaannya. Scdaya upaya dia mencuba.

"Doktor Khadijah, boleh kita mulakan sekarang?" tegur seorang jururawat dengan logha
Timur Tengah yang pekat.

"Dah siap semuanya?" tanya Khadijah, biarpuh, sesungguhnya, dia lebih arif dengan jawapannya. Bukankah dia sendiri yang menyaksikan bagaimana jururawat hospital itu memeriksa darah Atiqah bagi memastikan jenis tisu yang dimiliki olehnya? Hisy! Bukan mudah untuk melakukannya. Semuanya perlu dikenal pasti melalui protein yang
tertentu - antigen - yang terdapat pada tubuh kecil yang terbaring kaku di meja bedah itu.

"Sudah, puan doktor," ujar jururawat itu. "Malah, pesakit yang akan menerima organ itu pun, sudah siap menanti. Doktor Syeikh Abdullah El-Ahmad juga sudah berada di bilik bedah, puan doktor."

"Baiklah, beri saya beberapa minit lagi."

Khadijah memerhatikan jururawat itu beredar pergi dengan ekor matanya. Lantas, dengan tangan yang terketar-ketar, dia menutup paip yang menjadi tumpuannya tadi. Setelah mengesat tangan dan memakai sarung tangan, pandangannya terus ter-
tumpu kepada jari-jemarinya yang kembang itu. Mata dan fikirannya tertuju terus kepada pesakit yang bakal menjalani pemindahan buah pinggang - menerimanya daripada gadis kecil bernama Atiqah.

Khadijah sedar, buah pinggang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, mengalami jangkitan kuman berterusan sejak kecil lagi. Dia tahu, kanak-kanak itu diberikan ubat immune suppression, menanti sehingga mendapat organ buah pinggang yang sesuai dengannya. Namun begitu, kemungkinan kegagalan itu, amat tinggi dan lebih cende-
rung membawa kesan mudarat kepada pesakit yang melalui pembedahan organ tersebut.
Tetapi, bukankah wajar pesakit itu diberi cahaya untuk terus hidup? tanya harinya, keresahan. Tambahan lagi, buah pinggang kanak-kanak lelaki itu, telah kecut dan bertompok-tompok dengan kesan jangkitan kuman.

Khadijah mengeluh lagi. Matanya tergenang dengan air jernih. Perlahan-lahan, pandangannya bergerak ke arah tubuh kecil yang bernama Atiqah. Dia tersedak pilu. Memang, sejak pertama kali dia melihat wajah gadis cornel itu, empat bulan yang
lalu, hatinya sudah tersentuh.

"Apa yang berlaku?" tanya Khadijah, ketika itu. "Mengapa gadis kecil itu menjerit-jerit?"

"Dia membuat ragam, puan doktor," jawab jururawat yang bertugas mengikut giliran itu. "Dia terpaksa dihalang oleh dua orang pembantu hospital daripada terus-terusan menyerang Dr. Abdullah dengan penumbuk kecilnya."

"His! Saya bukan tak kasihan kepadanya. Tapi, ibunya sudah nazak hampir satu minggu. Dan tak punya harapan untuk hidup lagi. Apabila saya jelaskan kepadanya mengapa mesin bantuan pernafasan itu perlu ditanggalkan daripada ibunya, dia menga-
muk," jelas Dr. Abdullah, lelaki Timur Tengah itu. "Lagipun, ramai lagi pesakit yang memerlukan katil itu."

Hati Khadijah tersentuh pilu. Dia berpaling ke arah gadis kecil itu. Setiap kali gadis itu datang melawat ibunya, dia pasti membawa sekuntum bunga berwarna mcrah, yang semerah bunga dari pohon Nunuk Ragang itu. Bunga itu diselitkan di celah rambut ibunya, seraya merayu-rayu agar ibunya sedar daripada keadaan nazaknya. Sesungguhnya, bukan Khadijah tidak bcrsimpati dengan nasib gadis kecil itu. Masalahnya, seperti kata Dr. Abdullah El-Ahmed, berapa ramai lagi pesakit lain yang
memerlukan perhatian. Ah, serba salah dia! Lantas, dia cuba memujuk gadis itu pula.

"Atiqah, tentu engkau mengerti, bukan,"
pujuknya, lagi.

"Jangan! Jangan biarkan ibuku mati!" jerit gadis kecil itu, seraya menangis teresak-esak. Dia berundur ke tepi katil ibunya seraya merenung muka Khadijah seperti' merenung musuh ketatnya. "Huh! Kalau siapa berani mcnanggalkan mcsin
bantuan pernafasan itu, saya bunuh!"

Tersentak nafas Khadijah. Dia hampir tergelak. Gadis sekecil itu, mahu mengugut orang dewasa yang dua kali lebih besar daripadanya? tanya hatinya. Tetapi, setelah diamat-amati wajah bengis gadis kecil itu, dia dapati ada sinar yang tersirat, tetapi tidak tersurat di mata yang galak itu; sinar harapan yang tidak pernah padam. Sinar mata yang berjaya menarik Khadijah menyebelahinya.

Buat seketika, dia menyoroti wajah wanita yang terlantar dalam keadaan nazak itu. Apabila memerhatikan wajah wanita itu, mengingatkannya lagi kepada wajah ibunya sendiri yang terbujur di katil wad kelas tiga, hospital kerajaan di Malaysia.
Dia melihat gadis sunti yang berusia sepuluh tahun itu, dengan wajahnya yang sedang sayu, menatap wajah ibunya yang tidak bernafas lagi. Ibunya yang menjanda sejak ayahnya yang bertugas sebagai tentera itu terkorban di perbatasan, menderita demam
panas yang parah. Gadis sunti itu ialah dirinya, dua puluh tahun yang lalu. Lantas, dia mengeluh panjang dan langsung mendesak Dr. Abdullah El-Ahmed untuk mempertimbangkan keputusannya.

"Baiklah, saya beri dia satu minggu saja lagi,"tegas Dr. Abdullah El-Ahmed, sebelum beredar pergi. "Selepas itu, ah... Khadijah, bukan awak tak lihat berapa ramai pesakit yang memerlukan rawatan di katil itu!"

Khadijah mengeluh lega. Ketika Dr. Abdullah dan pembantu-pcmbantu hospital itu beredar pergi, dia melangkah ke meja tulisnya. Dengan ekor matanya, dia melihat gadis kecil yang bernama Atiqah itu memanjat naik ke pinggir katil ibunya. Dia
lihat gadis kecil itu mcnyematkan sekuntum bunga berwarna merah di rambut ibunya, sebelum merayu-rayu dan mencium ibunya bertalu-tali. Suara gadis kecil itu kedengaran jelas kepada Khadijah.

"Ibu, jangan bimbang. Saya takkan biarkan mereka putuskan mesin banrnan pernafasan itu bu," ujar gadis kecil itu seraya melemparkan sebuah jelingan tajam ke arah Khadijah. "Saya tak kan benarkan. Saya tahu, ibu masih ada harapan untuk pulih. Saya tahu. Oh, ibu! Buktikanlah kepada mereka. Buktikanlah yang ibu boleh pulih
Ibu mesti cepat pulih, tahu! Mesti! Kerana, saya sayang ibu!"

Sejenak Khadijah termangu. Dia memandang wajah wanita yang sedang nazak itu, seolah-olah turut mengharapkan sesuatu perubahan berlaku Namun, tiada sebarang pergerakan sebagai tindak balas kepada rayuan anaknya. Setiap malam, gadis itu masuk ke bilik rawatan ibunya. Setiap kali dia datang, dia tidak lupa membawa sekuntum bunga berwarna merah yang diselitkan di rambut ibunya bagi menggantikan bunga yang sudah layu. Dia terus merayu-rayu. Sehinggalah seminggu kemudian, sehari sebelum tarikh terakhir yang diberikan oleh Dr. Abdullah El-Ahmed untuk menanggalkan
mesin bantuan pernafasan itu, gadis itu terus datang dengan sekuntum bunga berwarna merah. Dia terus merayu dan merayu ibunya yang sedang nazak itu. Seperti biasa, tiada sebarang tindak balas daripada wanita yang terkujur nazak itu. Gadis kecil itu seperti dapat merasakan saat untuk ibunya hidup sudah hampir ke hujung jalan. Tanpa sedar, dengan suara yang sedikit keras, gadis itu memerintahkan ibunya supaya memberikan tindak balas.

"Ibu, bangunlah! Buktikan kepada mereka, bu!" gesa gadis kecil bernama Atiqah itu. "Saya sayang ibu, dan kalau ibu juga sayang saya, gerak-kanlah jari relunjuk ibu. Gerakkanlah! Cepat!"

Sesungguhnya, Khadijah scndiri hampir tidak percaya apabila menyaksikan jari telunjuk wanita yang terkujur nazak itu, bergerak perlahan-lahan. Seolah-olah mengikut perintah anak kesayangannya itu. Gadis kecil itu terus melonjak keriangan dan memanggil Khadijah menghampiri katil ibunya.

"Lihatlah! Ibu saya sudah pulih!"

Peristiwa yang di luar jangkaan itu, menarik perhatian semua doktor dan kakitangan hospital itu. Masing-masing cuba memberikan bantuan. Biarpun dalam keadaan letih, mereka datang memeriksa tekanan darah, memeriksa IV tubes, suction fluid daripada jantungnya dan sebagainya. Namun begitu wanita itu kadang-kadang sedar dan kadang-
kadang kembali tidak sedarkan diri, tetapi seperti gadis kecil bernama Atiqah itu juga, mereka tidak mahu menyerah kalah. Mereka turut memberikan antibiotik untuk melawan fenomena yang mencengkam jantung wanita itu. Sementara itu, Khadi-
jah turut memastikan agar wanita itu mendapat terapi fizikal.

Pada keesokan malamnya, setelah ibunya memberikan tindak balas dengan menggerak-gerakkan jari telunjuknya, Atiqah terus datang. Dengan mata yang bersinar-sinar, dengan terkinja-kinja keriangan, dia membawa dua kuntum bunga. Sekuntum diselitkan di celah rambut ibunya dan sekuntum lagi diletakkan dalam botol berisi air lalu
diletakkan di meja tulis Khadijah. Khadijah terkejut, kehairanan. Harinya berde-
sis, apakah bunga berwarna merah itu, bererti gadis kecil itu dan aku, sudah berdamai kini? Apakah bunga ini, kuntum perdamaian buat kami? Lalu, dia terbayang akan pohon Nunuk Ragang yang berbunga merah itu. Serta-merta, dia menjadi ter-
haru. Khadijah memerhatikan gadis kecil itu terus berulang-alik ke hospital itu dengan dua kuntum bunga berwarna merah, setiap hari sehinggalah ibunya cukup kuat untuk dihantar pulang.

"Siapalah yang akan meletakkan bunga berwarna merah di dalam botol itu nanti, ya?" usik Khadijah, sewaktu gadis kecil itu menyorong kerusi roda ibunya ke arah kereta ambulans yang akan menghantar mereka pulang. Gadis kecil itu tersenyum kesipu-sipuan.

Sesungguhnya, sedikit pun dia tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan
gadis kecil bernama Atiqah itu. Setelah beberapa bulan berlalu, setelah dia hampir lupa akan gadis kecil itu, dalam keadaan sibuk merawat para pesakit yang bertali arus, tiba-tiba gadis kecil itu muncul kembali dalam hidupnya. Tetapi dalam keadaan
yang sama sekali berbeza. Gadis kecil itu tidak seperti dahulu lagi. Tidak lagi terkinja-kinja keriangan. Ketibaan gadis itu, pada kali ini, dalam keadaan terlantar di atas usungan, terbujur lesu dengan bernafas nyawa-nyawa ikan!

"Gadis kecil ini mengalami kecederaan teruk di kepalanya," jelas Dr. Abdullah El-Ahmed, perlahan. "Serpihan peluru berpandu yang meledak di kawasan penempatan awam itu, masih terdapat di dalam otaknya. Maafkan kami, tiada apa pun yang
dapat kami lakukan untuk membantunya."

Ramai antara petugas di hospital yang mengenali gadis kecil itu, menangis teresak-esak bersama-sama ibu gadis kecil itu. Ibu gadis kecil yang masih
berkerusi roda itu, tidak putus-putus menyebut nama Tuhan dan menvesali perbuatan kejam mereka yang gila kuasa itu. Khadijah turut terseret dalam emosi wanita yang terseksa jiwanya itu. Khadijah terikut-ikut marah.

"Jika boleh, ingin saya katakan bahawa gadis kecil ini mempunyai harapan. Tapi, saya tak boleh," tambah Dr. Abdullah, kesayuan. "Err ...bagaimana kalau saya cadangkan agar puan pertimbangkan untuk menderma organ buah pinggang gadis kecil ini. Saya mahu, puan pertimbangkan untuk kepentingan diri puan sendiri. Percayalah,
setelah masa berlalu, suatu ketika nanti, ia akan memberi erti yang besar kepada puan."

Serta-merta, suara halus naluri Khadijah membantah. Dia ingin menjerit: Sudahlah! Sudahlah! Jangan disakiti jasad gadis kecil itu lagi. Biarkanlah dia sendiri! Begitulah yang ingin dijeritkan oleh Khadijah. Tetapi suaranya tersekat di kerongkongnya.

"Alhamdulillah," ujar wanita, ibu kepada gadis kecil itu. "Saya fikir, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan. Anak saya, Atiqah, memang penyayang orangnya. Dia sentiasa mahu memberi kasihnya kepada orang lain. Saya percaya, jika Atiqah masih boleh bercakap, pasti dia juga akan memberikan persetujuannya."

Jasad gadis kecil itu segera disorong ke bilik bedah. Biarpun didapati otaknya mati atau tidak berfungsi lagi, mereka dapati buah pinggang gadis kecil itu berada dalam keadaan baik. Semua bantuan pernafasan diteruskan bagi membantu denyutan jantung gadis kecil yang kian lemah itu. Pesakit lain yang bakal menerima organ buah pinggangnya dihubungi dan dipersiapkan untuk menjalani pembedahan. Masa kian suntuk. Mereka cuma mempunyai 48 jam sahaja. Kalau tidak, buah pinggang
yang dikeluarkan dari tubuh gadis kecil itu, tidak boleh digunakan lagi.

Aduhai! rintih hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alangkah letihnya jiwa ini!

"Boleh kita mulakan sekarang, Khadijah?"

Khadijah tersentak. Dia berpaling dan tersua wajah Dr. Abdullah El-Ahmed, reman seperjuangannya. Dia mengeluh lagi. Matanya yang bergenang air jernih, terkedip-kedip merenung Dr. Abdullah. Bagaikan ada suatu daya tarikan yang
halus berseni, cepat telinganya menangkap suara kanak-kanak yang sedang menyanyi - sayup-sayup dari jauh. Menyanyi di kalangan pejuang bangsanya. Terdengar juga kicau burung layang-layang yang pulang ke sarangnya, di celah bumbung bangunan hospital itu. Seterusnya dia terdengar bunyi tapak kaki yang cornel, berkejaran di sana
sini, menambahriuhkan keadaan di koridor hospital. Kanak-kanak yang berkeliaran bebas dari kawasan penempatan yang kerap dihujani bom itu, bergaul mesra bagaikan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Seolah-olah mereka sudah lali dcngan keadaan
kacau-bilau itu.

"Khadijah?" ulang Dr. Abdullah, lembut.

Khadijah mengangguk Iemah. Lambat-lambat, dia melangkah ke bilik bedah. Sedetik itu, dia memegang pisau bedah. Lantas, dengan himpunan seluruh kekuatan luaran dan dalaman, biarpun dalam kengiluan apabila mcngenang wajah comel yang bercahaya dan berseri-seri itu, dalam suasana bumi Teluk yang meledak di sana sini, dia meng-
hela nafas seraya membaca sepotong ayat suci.

Sejurus, dengan tangan yang terketar-ketar, dia menghiris kulit halus gadis kecil itu, sepanjang perutnya. Dengan segala kemahiran yang ada padanya, dibantu oleh Dr. Abdullah El-Ahmcd, Khadijah mengeluarkan organ buah pinggang daripada tubuh gadis kecil yang malang itu. Organ itu diletakkan di dalam sterile plastic containers dan kemudian diletakkan di dalam chloroform chest yang dipenuhi ketulan ais – sebelum dipindahkan kepada pesakit lain yang sedang menanti.
* * *
Pada suatu senja yang tenang, ketika Khadijah sedang berehat setelah keletihan menjalankan tugas sehariannya tadi, tiba-tiba terdengar pintu bilik rehat itu diketuk orang.

“Ada orang nak jumpa awak, Khadijah.”ujar Dr. Abdullah, tersenyum penuh rahsia. “Tetamu istimewa.”

Khadijah mengerut kening. Sebaik saja Doktor Abdullah membuka pintu bilik rehat itu lebar-lebar, seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam bilik rehat itu. Kanak-kanak lelaki itu menguntum senyuman manis sambil menghulurkan sekuntum bunga berwarna merah yang disembunyikan di belakangnya tadi.

“Terima kasih, puan doktor,” bisik kanak-kanak itu, tersipu malu.

Khadijah yan gmasih kebingungan itu, sedikit teragak-agak, membongkok lalu menyambut huluran bunga itu. sebelum sempat dia bertanya apa-apa, kanak-kanak itu melonjak dan terus mencium pipinya. Dan kemudian, kanak-kanak itu
terus berlari pergi.

"Siapa budak itu?" tanya Khadijah, kehairanan.

"Mahrnoud Noor, budak yang menerima buah pinggang daripada Atiqah dulu," jelas Dr.
Abdullah, tersenyum lembut. "Ingat Atiqah lagi?"

Atiqah? desis Khadijah dalam hati. Ah, ingatkah dia akan gadis kecil yang bernama Atiqah itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang berupaya memberikan cahaya kehidupan kepada ibunya yang sedang nazak itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang memberikan cahaya kehidupan kepada kanak-kanak lelaki yang menanggung sakit buah pinggang
itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang membawa sekuntum bunga berwarna merah yang diletakkan di dalam botol di atas meja tulisnya? Ingatkah dia lagi?

"Soalan itu tidak melucukan," desisnva, tersendu keharuan.

Dengan terketar-ketar, dia terus memegang kuntum bunga berwarna merah itu. Nafasnya sesak. Dadanyakian sebak. Aneh, bunga berwarna merah itu mengingatkan dia kepada pohon Nunuk Ragang yangg bcrbunga merah; pohon yang boleh dibuat ubat untuk pcibagai jenis penyakit - dari akar hingga ke pucuknya.

Sejurus kemudian, Khadijah meletakkan tangkai bunga itu ke dalam botol berisi air. Dia terus merenung bunga berwarna merah itu, tanpa mem pedulikan Dr. Abdullah yang ternyata ingin sekali mengubat hatinya. Dia terus merenung bunga itu. Aneh, pada bunga yang kembang mekar itu, dia seperti mclihat raut wajah gadis kecil yang bernama Atiqah itu. Wajah itu, seperti sebutir bintang pada tengah malam yang gelap pekat, bercahaya-cahaya dalam suasana yang penuh damai - sedamai sekuntum perdamaian antara dia dengan gadis kecil itu dahulu.

Tiba-tiba, Khadijah merasakan perjuangannya di bumi Teluk ini, sesungguhnya, tidak sia-sia! Dan, alangkah baiknya kuntum perdamaian seperti itu diwujudkan untuk mereka yang gila kuasa itu?

Alangkah!

CERMIN

(Sdr.2 ingin saya mengongsikan cerpen yg pernah tersiar pertama kali pada 1989 dahulu, dalam Dewan Sastera, DBP. Terutama sekali buat peserta-peserta bengkel utk melihat bagaimana saya mengangkat budaya masyarakat Murut ke dlm karya. cerpen ini telah saya kembangkan menjadi novel Dari Dalam Cermin - yg memenangi hadiah Jabatan Ketua Menteri Sabah, kalau tak silap saya, Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia. Terima kasih DBP :))

Cermin

Mungkin, beginilah perasaan seseorang apabila meraih kejayaan, fikirnya. Kejayaan yang diibaratkan sudah berada dalam tangan. Riad tersenyum lebar. Dia berasa seperti ada cahaya dalam dirinya. Seolah-olah cahaya itu menyatu dalam sukma, pada pagi hari di mana sinar matahari menguak dan menyerap ke seluruh salur nadinya. Terasa begitu indah segala-galanya. Bagaikan dia sedang berada di lingkaran keharuman jutaan bunga dari syurga. Dia bersemadi di dalamnya. Dia menghidu sepuasnya.

“Ah, hujan turun pula,” rungutnya. Tergugat sedikit keyakinannya.




Kemudian dia bingkas berdiri. Dia melangkah cepat-cepat ke tingkap dan menjenguk ke luar. Dia mentup tingkap apabila terasa tempias hujam yang tajam menikam kulit pipinya yang bulat. Semakin lama hujan semakin lebat turun. Petir sambar-menyambar, membelah angkasa.

“Apakah hujan akan terus turun sewaktu Ketua Menteri merasmikan projek Wisma Utama minggu depan? Ah, aku telah pun diberikan kepercayaan untuk member taklimat pada waktu itu. Jika tersilap, tergendala segala rancangan!”

Dia mengeluh panjang. Bermacam-macam masalah telah timbul. Sebeum Wisma Utama itu dibina pun, masalah demi masalah terpaksa dihadapi. Tidak cukup bunyi cerucuk dihentak-hentak, suara pegawai projek, suara pengawas projek dan suara lantang seorang mandur tua, dia terpaksa melayani bunyi deringan telefon yang tidak putus-putus, sambil terpaksa melayani surat tender pendawaian elektrik dan paip air yang perlu ditangani. Kemudian, timbul pula ketegangan di antara dia dengan arkitek yang mengemukakan pelan seni bina Wisma Utama.

“Tidak!” Riad menyanggah pendapat arkiteknya.

Arkiteknya merenungnya dengan pandangan kesal.

“Soalnya, kita harus pertimbangkan aspek keselamatannya, “tegas Riad.

“Kita juga memerluka seni bia yang berunsurkan futuristic, “ujar arkitek itu. “Identiti kebudayaan kebangsaan kita penting juga diserapkan, tuan.”

Kini Riad teraba-raba dalam kesamaran senja. Langkahnya terhenti. Sayup-sayup kedengaran paluan gong berdengungan dalam otaknya. Dengungan itu berkelentang-kelentung di dalam bilik, menikam gegendang telinganya. Riad tersentak. Hatinay berdetak kuat, berdebar-debar. Pengaliran darahnya terasa bagai terhenti. Gong terus berbunyi. Semakin lama semakin kuat. Dia menyentuh kepalanya. Bisanya berdenyut-denyut. Matanya dipejam celik. Tubuhnya yang padat berisi, berpeluh.


Suasana di dalam bilik tidur yang dikongsi brsama isterinya lebih 15 tahun itu, semakin kelam. Bau harum semerbak masakan isterinya, menyelinap ke rongga pernafasannya. Bau daging panggang. Bau harum itu berkisar bersama dengungan paluan gong di dalam bilik itu. Di luar, hujan masih mencurah-curah turun. Petir masih sambar-menyambar, membelah angkasa.

Tiba-tiba bunyi petir berdentum kuat. Lidah kilat melibas-libas di udara. Cahayanya memancar, menembusi tingkap kaca dan menyilau di permukaan cermin besar almari hias isterinya. Kini cahaya yang pucat itu, menetap di permukaan cermin. Sepucat wajah Riad. Sesuatu terasa menyelidap ke dalam dadanya. Tetapi naluri ingin tahunya mendesak-desak. Dengungan paluan gong semakin rancak di ruang bilik tidur yang serba mewah itu, menusuk-nusuk gegendang telinganya. Bunyi salakan anjing mendayu-dayu di kejauhan. Dalam separuh sedar, dia melangkah dan berdiri di hadapan cermin besar di meja hias isterinya. Seorang lelaki yang menyerupai wajahnya, terpantul di permukaan cermin itu. Anehnya, lelaki itu berpakaian lain daripada yang dipakainya. Dia memakai sweater dan berseluar panjang, manakala lelaki itu memakai baju dan cawat yang diperbuat daripada kulit kayu. Baju tradisional itu, ditepek dengan berjenis-jenis siput laut.

“Api, api…!”

Riad terkejut. Lelaki yang bercawat itu juga terkejut. Lantas, dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran (dewan yg macam spring). Riad turut kebingungan memerhatikan keadaan yang terang

benderang bagaikan sebuah layar perak. Sebuah per-
kampungan yang dipenuhi dengan rumah yang diper-
buat daripada papan peti susu, kotak bahan buangan
dan sebagainya, tertera di mata Riad. Suasananya
begitu aman. Anjing liar dan ayam itik berkeliaran
bebas.

"Api! Api ...!"

Keadaan menjadi gempar. Di sana sini kedengaran
orang menjerit-jerit tidak keruan. Dengungan gong
semakin keras. Sekeras tiupan angin di sekitar perkam-
pungan itu. Orang ramai berasak-asak melarikan diri.
Ibu yang sedang mengandung, jatuh bangun sambil
menangisi nasib.

"Kenapa? Kenapa? Ada orang mengamuk?"

"Ya, memang ada orang yang mengamuk, Riad,"
jawab lelaki yang memakai cawat itu.


Nafas Riad tersentak. Lelaki yang menyerupai diri-
nya seratus peratus itu, memicingkan mata merenung-
nya. Kemudian tanpa penjelasan, lelaki itu terus
memalu gong sambil menari-nari. Tubuhnya terenjut-
enjut dan terlambung-lambung di atas lansaran. Jeritan
dan ratapan orang ramai di sekitamya, tidak dihirau-
kan. Dia terus melonjak-lonjak sambil bibirnya berku-
mat-kamit membaca mantera.

"Kau siapa?"

"Aku ialah kau," jelas lelaki itu. "Dan kau ialah
aku. Huh! Kau sepatutnya berfikir seperti aku. Punya
belas kasihan."

"Hei, kau gila ya?" jerkah Riad.

"Ya, aku memang sudah gila!" akui lelaki itu.
"Semua orang sudah gila sekarang. Semua orang yang
menjerit itu, telah gila!"

"Kenapa?"

"Jasad mereka telah ketiadaan roh," jelas lelaki itu
sambil mengerutkan keningnya. "Sebab itulah dengan
mudah saja mereka dipengaruhi oleh roh jahat. Itulah
sebabnya mereka sakit, sakit gila!"
Riad tercengang. Lelaki itu terus tidak menghirau-
kan keadaan sekitar yang hingar-bingar dengan jeritan
manusia. Dia terus memalu gong sambil menari-nari di
atas lansaran.

"Ah!" bentak lelaki itu sendirian. "Tidakkah mere-
ka tahu bahawa upacara mansayau harus diadakan
sebelum berpindah ke rumah baru?"

Nafas Riad tersentak. Dia terkenang kembali
kehidupan masa lampau, sewaktu dia masih kecil.
Begitulah bunyi dengungan gong yang didengamya.
Dia seakan-akan dapat melihat datuknya yang ber-
pakaian seperti lelaki yang bercawat itu, memalu
gong.

Datuknya ialah ketua rumah panjang. Kaum lelaki
dan wanita mengekori datuknya sambil memalu gong
sebanyak lapan buah. Telah berulang kali datuknya
menjelaskan betapa pentingnya upacara mansayau
diadakan, sebelum berpindah ke rumah baharu. Semua
roh dan semangat orang yang tinggal di rumah lama
harus dibawa berpindah ke rumah baharu, termasuklah
semangat tengkorak manusia yang ada dalam simpanan
mereka.

"Kenapa, tuk?" tanya Riad. "Apakah roh dan se-
mangat itu akan merayau ke sana ke mari?"


"Ya, roh dan semangat yang ditinggalkan akan me-
nanggung azab sengsara, cu," jelas datuknya. "Mereka
lapar, dahaga dan kedinginan. Ini akan mengakibatkan mereka sakit dan segera mencari perlindungan."

"Perlindungan?"

"Bagi mereka, mendapatkan perlindungan dengan
cara merasuki jasad yang bernyawa. Ini termasuk jasad
haiwan dan tumbuhan."

Tiba-tiba Riad ketawa berdekah-dekah. Rasa geli
hati yang membuak-buak keluar, sukar dikawal. Leiaki
yang bercawat itu tersinggung. Leiaki itu menukirkan
dirinya yang ditertawakan.

"Jahanam!" bentak lelaki itu, bengis. "Kau sengaja
tak mahu faham. Kau dah lupa asal usulmu. Kau dah
lupa adat resammu!"

Riad yang mula tersinggung dijerkah begitu, cepat-
cepat mengawal diri. Dia tidak mahu menambah api
kemarahan lelaki yang menyerupai wajahnya itu. Dia
tidak berniat mentertawakan lelaki itu. Dia tidak per-
nah lupa asal usulnya. Dia sedar. Dia dari keturunan
suku kaum Murut. Suku kaum yang kaya dengan segala
macam adat resam.

Dulu pun, dia memang diasuh dalam masyarakat-
nya yang berkampung di pinggir pekan Keningau. Dia
diasuh hingga ke peringkat sekolah menengah. Di situ,
dia meneruskan hidup di beberapa buah asrama penuh
dan akhir sekali dia tinggal di kampus bertahun-tahun
lamanya.

"Hei, lihat itu," panggil lelaki yang bercawat itu.
"Mereka hidup sengsara sepanjang masa. Roh dan
semangat yang ditinggalkan dan dipersiakan, telah
termasuk jasad mereka!"

Riad mengangguk kepala, kebodohan. Dia me-
merhatikan lelaki yang bercawat itu melompat turun
dari dewan lansaran. Lelaki itu terus memalu gong sambil mengelilingi rumah panjang lama beberapa kali.
Kemudian dia mengelilingi dewan lansaran dan akhir-
nya mengelilingi setiap bilik di rumah panjang itu.
Leiaki itu terus memalu gong, sambil mulutnya
berkumat-kamit membaca mantera.

Riad menyeringai. Datuknya dulu pemah melaku-
kan upacara yang sama. Menurut datuknya, ketika
berjalan keliling itulah setiap roh di dalam rumah pan-
jang lama itu akan dijemput berpindah bersama ke ru-
mah baharu. Perpindahan tidak boleh dilengah-lengah-
kan kerana rumah lama akan dirobohkan segera. Roh
dan semangat harus segera disuaikenalkan dengan bilik
baharu mereka di rumah panjang baharu. Itulah sebab-
nya setiap penghuni rumah panjang dimestikan berjalan
mengelilingi rumah panjang itu supaya setiap roh dan
semangat mereka tidak bercerai.

"Aduh ...! Aduh ...!" rintih lelaki yang bercawat itu.
"Kasihan mereka. Mereka tidak sempat ikut serta
dalam upacara penutupan bumbung rumah panjang!"

"Eh, kenapa pula tidak sempat?" tanya hati Riad.
Dia mula bersimpati dengan lelaki yang bercawat itu
kerana air matanya bertali-tali jatuh. Kepalanya
terkulai layu. Riad ingin sekali menghulurkan ban-
tuan. Riad ingin sekali memberitahu bahawa upacara
penutupan bumbung rumah panjang tidak perlu
diadakan. Lelaki itu tidak perlu menangis begitu.

Riad sedar. Mungkin bagi lelaki itu, penutupan
bumbung mesti diadakan. Tetapi tidak perlulah dila-
kukan oleh seorang bomoh. Memadailah dilakukan
oleh seorang tua yang berumur kira-kira 70 tahun. Yang
penting, ketahanan semangat si penutupnya harus ada.
Pada waktu itu, dipercayai si penutup bumbung akan dapat melihat setiap roh nenek moyang yang diminta
keluar dari lubang bumbung itu, sebelum ditutup dan
diikat dengan erat. Jika calang-calang orang yang
melakukannya, boleh pengsan atau terus mati!

"Api! Api ...!" pekik seorang lelaki. Dia terkinja-
kinja cuba memadamkan api yang menjilat pakaian dan
rambut di belakangnya. Sesaat kemudian, dia mengge-
lupur dan menarik nafas yang terakhir. Lelaki yang-
bercawat itu melonjak naik ke atas lansaran. Dia me-
renung sekujur tubuh yang baru saja menemui ke-
matian itu dengan pandangan mata yang sayu.

Tiba-tiba, lelaki itu terus melonjak-lonjak di atas
lansaran. Semakin tinggi dia melambung, semakin
tenang wajahnya. Bagaikan kedamaian yang samar-
samar itu hampir tercapai. Jauh dari bumi, jauh dari
segala kenangan pahit, jauh dari kenyataan hidup yang
begitu menyeksakan. Alunan irama yang dihasilkan
oleh hentakan kakinya, bagaikan sebuah kenderaan
ajaib baginya. Lantas membawanya terus ke syurga.
Mengusap jiwanya yang dikocak rindu yang tidak
tertanggung. Rindu pada ketenangan.

Entah mengapa, dengan tidak semena-mena, muka-
nya berkerut-kerut menahan sakit. Dia terduduk di-
lansaran. Kehangatan suasana sekitar yang meruap-
ruap, merentap-rentap jiwanya yang tersayat pilu.

"Ah, sakit sungguh aku begini," rintih lelaki yang
bercawat itu. Tetapi tiba-tiba dia meruncingkan mata,
merenung wajah Riad dengan pandangan yang tajam.
"Huh! Ini semua kau punya fasal!"

"Eh, kenapa pula aku yang dituduh?"

"Kau tamak!" jerkah lelaki yang bercawat itu lagi.
"Kaumusnahkan hidup mereka!"
"Aku memang berhak. Mereka membina rumah di
tanah itu secara haram. Sudah kami suruh mereka
pindah. Tapi mereka enggan. Kami hantar jentolak.
Mereka pasang tembok manusia. Mereka tunjuk jaguh!
Mereka ugut orang-orangku dengan parang, dengan
kapak, dengan cangkul dan sebagainya!"

"Kemudian?" tanya lelaki yang bercawat itu.
"Err ... kemudian apa?" jerkah Riad kembali.
Tetapi Riad sedar. Lelaki itu memang sudah tahu
apa yang telah berlaku seterusnya. Lelaki itu seperti
tahu bagaimana dia mengupah orang-orang suruhannya
untuk pergi memusnahkan rumah-rumah buruk manu-
sia yang degil itu. Mereka diupah untuk membakar
rumah-rumah buruk itu, pada waktu penghuni-penghu-
ninya sedang nyenyak tidur.

"Huh! Tergamak kau melakukannya, Riad...!"

Tersentak nafas Riad dituduh begitu. Lantas
matanya menerawang, memerhatikan pohon-pohon
yang gondol dijilat api. Kebun-kebun di belakang
rumah hangus rentung. Wap panas dari rumah yang
sudah tinggal arang dan bara itu, berkelip-kelip dan ber-
ombak-ombak di udara. Dilihatnya di kaki langit, asap
hitam berkepul-kepul naik ke udara.

"Tidak, tidak ...! Aku bukan sengaja hendak meng-
aniaya mereka. Aku hanya melakukan kewajipanku.
Aku memang berhak ...!"
"Riad, kau bukan saja tidak menyediakan rumah
panjang yang baru untuk mereka. Tetapi kaumusnah-
kan rumah panjang mereka yang buruk. Kaumusnah-
kan tanpa memindahkan dahulu segala roh dan
semangat mereka. Huh! Kau sungguh kejam, Riad.
Kau kejam kepada suku-sakatmu sendiri!"

"Ah, pemindahan roh dan semangat itu perbuatan
orang bodoh! Orang kuno!"

"Hei, Riad. Sekuno-kuno kami, kami masih punya
rasa tanggungjawab." Leiaki itu berdiri sambil melon-
jak turun dari lansaran dan menuding telunjuk ke arah
Riad. "Sekuno-kuno kami, kami masih berperikemanu-
siaan. Masih bertimbang rasa dan masih mampu me-
nyalurkan kasih sayang sesama insan. Tidak seperti
kau, jika hendak dibandingkan, Riad!"

Secepat kilat, Riad mencapai botol minyak wangi
kepunyaan isterinya di atas meja. Dengan sekali ayun,
dia menghumbankan botol minyak wangi itu ke arah
cermin besar di atas meja hias. Cermin itu hancur
berkecai bersama lelaki yang bercawat itu.

Hujan masih turun mencurah-curah. Petir masih
sambar-menyambar, membelah angkasa. Tiba-tiba.
kedengaran bunyi ketukan berulang kali di pintu bilik.
Pintu dibuka. Suis lampu dipetik. Tersembul wajah
anak gadisnya di muka pintu.

"Papa, papa!"

"Ada apa, Susan?"

"Ada berita buruk, papa."
"Apa?"

"Bangunan Wisma Utama yang papa bina mampat
bahagian bawahnya ke dalam tanah. Kawasan Wisma
Utama itu dilanda banjir kilat tadi!"

Lantas Riad ketawa terbahak-bahak. Terdengar
semula bunyi paluan gong berdengung-dengung dite-
linganya. Berkelintung-kelintung, meriah. Semeriah
orang yang sedang meraikan suatu majlis keramaian.
Pesta yang diraikan selepas selesai upacara mansayau.

Riad terus ketawa, ketawa duka. Tubuhnya terasa
semakin panas kerana bahang api dari rumah-rumah
haram yang dibakar hangus.

AZMAH NORDIN

Diagnosis

saya ingin kongsikan cerpen ini bersama2
semua pengunjung yg tidak dapat membelinya dan yg berada di luar
negara. Terutama sekali utk peserta2 bengkel online utk melihat
bagaimana saya menerapka dunia perubatan dlm cerpen saya. Cerpen ini
sudah terbit di Dewan Sastera, DBP, Mac 1991. :))

Diagnosis

Sewaktu motokar mewahnya membelok masuk ke kawasan klinik swasta
dua tingkat, di lereng bukit yang menjadi kebanggaannya itu,
tiba-tiba nafasnya tersentak. Deru angin mcnggempa, lang-
sing dan juga ngeri apabila tertampan kasar pada kaca-kaca jendela
motokar mewahnva, bagaikan berupaya menembusi kaca jendela motokarnya
yang tertutup rapat itu. Sifat-sifat "angin'" itu, scperti mewakili
kemarahan para pesakit yang serba kerdil, kcpada sikap kesewenang-
wenangan pakar-pakar perubatan di kliniknya itu. Seolah-olah enggan
langsung mengakrabinya, terus-terusan. Pedulilah! Dia yang bertubuh
tegap sasa bak pahlawan dongengan silam itu, scperti kata teman-
teman sosialnya, membentak dalam hati, memujuk dirinya. Huh!
Tahyul semua itu!



Namun, sebaik-baik sahaja terhidu bau iodin dan bau formalin di dalam
motokar yang tertutup rapat cerminnya itu, dia yang berwayah
tirus dan kukuh itu, mengerut kening dan mengancing giginya. Bau iodin
dan bau formalin itu semakin lama semakin tengik, bcrbaur dengan haruman
minyak wangi yang terdapat di dalam motokar mewahnya itu. Bau itu semakin
lama semakin menyesakkan rongga pernafasannya. Entah mcngapa, secara mendadak
rasa kengerian yang berbaur dengan rasa takut yang teramat sangat, menyelubu-
ngi urat sarafnya. Termangu dia sejenak. Dia terkaku, dan jari-jemarinya terus mencengkam stereng motokarnya. Secepat itu, dia mcndengus kasar. Yang pasti,
biar apa pun, dia tclah lama membulat tekad untuk tidak mengizinkan apa-apa
pun menggoncang semangatnya. Tidak sama sekali!

Entah apa masalahnya sehingga dia menerima panggilan kccemasan daripada
staff nurse yang bertugas di kliniknya, pada malam itu! Dia sendiri tidak
pasti. Dia juga tidak pasti apakah yang sedang bcrlaku di kliniknya itu
sehingga Doktor Wan yang bertugas secara bcrgilir-gilir pada malam itu tidak
berupaya mengendalikannva sendiri.

Mengapalah infeksi terjadi, sekalipun setelah operasi sendi tulang pangkal
paha dilakukan ke atas salah seorang pesakitku? Kalaulah dia mcnjadi fatal
sekalipun, itu bukan masalahku! Itu bukan salahku! Argh, aku penat! Dalam
diam, hatinya terus menggcrutu, kekesalan. Sebaik sahaja dia mengangkat
mukanya, dia menyorot pandangannva ke arah bangunan klinik
yang dikelilingi oleh cahaya lampu kuning pucat yang terdapat di situ.
Sepantas kilat gambaran wajah pesakit-pesakit yang pernah dioperasinya,
menerjah tiba. Seorang demi seorang kelihatan berterbangan liar,
mengunjunginya dengan berpakaian seragam klinik yang berlumuran darah.
Seolah-olah mereka ingin melakukan "interaksi" dengannya. Serta-merta, dia
yang terkenal scbagai ahli "bongkar pasang", yang mampu meraup untung
berlipat ganda untuk kliniknya, yang tidak mudah tergugat dan diakui
oleh ramai ahli perniagaan yang sealiran dengannya itu, tiba-tiba diburu
rasa cemas. Entah mengapa, dengan tiba-tiba perasaan cemas yang bukan
kepalang itu memburunya dan mengekori-
nya. Tetapi, belum sempat Igoh mentafsirkan
mengapa mereka menyeringai ngeri kepadanya itu, sepantas itu gambaran wajah
mereka berkecai, dirempuh motokar mewahnya.

Mata Igoh terkejip-kejip. Dia terpaku di dalam kerecta mewahnya yang bagaikan sebati, dengan bau
tengik iodin dan bau formalin yang busuk melatung itu. Ingatannya terus bercelaru diterjahi
wajah-wajah para pesakit yang menyeringai panjang
lagi mengerikan. Dia menggcleng-gelengkan kepa-
,mya, cuba mcnyisihkan jauh-jauh, segala peristiwa hitam yang tidak jemu-jemu mengacah dan mengancam kewarasannya. Namun, dia tewas terus. Seperti dia tewas dalam ikhtiarnya untuk mengasingkan kondisi ingatannya yang waras daripada
bersatu dengan suara-suara sayu ahli keluarga atau waris bekas pesakitnya yang menyesak dalam fikirannya.

Igoh mengeluh pedih, meneguk air liurnya. Dia menyaksikan cahaya bulan
pucat yang menyimbah cermin kereta mewahnya yang sengaja digelapnya itu,
sepcrti menyaksikan kewibawaannya yang tercabar dan jiwanya yang tercalar.

"Tapi ... mengapa harus sampai begitu mahal?" bantah wanita tua lisut yang
berwajah kering itu, antara terkejut dengan tidak percaya, pada suatu ketika dahulu. Sama seperti segelintir wajah waris atau ahli keluarga bekas pesakitnya
yang datang menagih simpati daripadanya, sebelum itu; wajah-wajah mereka
yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas menengah dan kelas bawahan.

Ternyata wanita tua lisut itu sama sepcrti segelintir para waris atau ahli
keluarga pesakit-pesakitnya yang terdahulu; tidak boleh menerima hakikatnya
dengan baik, fikir Igoh. Sudah beberapa kali dia menegaskan kepadanya, bukan
mudah baginya melakukan pembedahan sendi engsel ke atas anak wanita tua lisut
itu. Anak wanita tua itu mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan
raya. Sebagai pakar bedah, dengan spesifikasi ortopedik yang banyak berurusan dengan tangan dan kaki palsu, bukankah dia lebih tahu tentang penggantian sendi engsel seperri itu - jika dibandingkan dengan wanita tua ini.: His!... leceh sungguhlah!

"Puan bukan tak tahu," ujar Igoh, selembut mungkin. "Kemudahan di negara kita
masih amat kurang. Malah, sendi engsel yang dipcrlukan untuk anak puan itu, perlu ditempah dan diimport dari luar negara. Ini bukan kerja main-main. Perlu
membuat kajian dan menentukan jenis sendi engsel yangg bagaimana yang
diperlukan oleh anak puan. Perlu teliti."

"Masalahnya, tidak mungkin saya ... mampu membiayainya," jelas wanita tua lisut itu, sungguh terhimpit.

"Hik, hiik, hiiik ...! Tentunya itu bukan masalah saya, bukan?" sela
Igoh, acuh tak acuh. Sedetik dia menyeringai panjang. Dan, dalam hati dia
menambah, No money no talk, kan?

"Masalahnva, infcksi yang terjadi setelah operasi kali keenam yang
tuan doktor jalankan ke anak saya ini, bukan berpunca daripada kecuaian saya sendiri," ujar wanita tua itu, tiba-tiba naik radang. "Kata tuan, kononnya
sendi engsel yang tuan doktor pasang pada anak saya itu tidak sesuai. Sendi engsel lain perlu ditempah dan diimport lagi. Dan segala kos termasuk kos
pembedahan perlu kami bayar lagi, sama seperti yang lima kali operasi yang sebelumnya!"

“Pihak kami telah berusaha sebaik mungkin!" tingkah Igoh, hilang sabar.
Beberapa ketika dia menegang rahang, melawan gelombang ganas yang menghempas
dalam jiwanya. Dadanya pedih, terasa seperti terbakar. Hatinya sedih,
terasa seperti kewibawaannya telah tercabar. "Salah kamikah jika anti-bodinya sendiri tidak mampu melawan sebarang infeksi!”

"Bagaimana dia dapat menguatkan tubuhnya kalau sebelum ini, selama dia
dirawat di khnik ini kerana kecederaannya, doktor kerap memberikan ubat
antibiotik kepadanya?" jerkah wanita tua itu, meninggikan suara, penuh
emosi.

"Puan, cuba bawa bertcnang," ujar Igoh yang bimbangkan suara wanita tua yang mcninggi itu akan sampai kepada pendengaran para pesakit yang sedang menunggu
untuk mendapatkan rawatan daripadanya itu. Terutama sekali apabila memikir-
kan jika "perbincangan" itu akan menjadi buah mulut orang ramai kelak,
tergugatlah perniagaan.

"Tidak baik kita mencari salah orang lain saja,
puan," pujuk Igoh.

"Tidak, tidak! Jangan bimbang tuan doktor," pintas wanita tua itu, segera memasamkan mukanya. "Saya fikir, saya mengadu nasib kepada doktor yang tugasnya sebagai pengabdi kemanusiaan, tetapi rupa-rupanya, saya tersilap, mengadu nasib
kepada doktor yang mata duitan!"

Hampir tergelak Igoh mengingatkan perbincangan hangatnya, dengan salah seorang
ahli keluarga bekas pesakitnya itu. Hatinya tertanya-tanya, apakah wanita tua
itu terus menyesali kcsilapannya, biarpun anaknya yang terkena jangkitan kuman itu
telah menjadi arwah kini? Apakah wanita tua itu masih percaya atau masih mcncari-cari seorang doktor yang berjiwa mulia, yang sanggup memperbodohkan diri, bertugas sebagai pengabdi kemanusiaan? Apakah doktor-doktor seperti itu, masih pada zaman yang serba canggih ini?

Ah, betapa dungunya wanita tua itu! desis Igoh dalam hati. Namun, biar apa pun, benar-benar kerja karut, menolak kedatangan wanita tua lisut dan anaknya itu. Bukankah kedatangan mereka itu, bermakna 'rezeki dan untung buatnya juga?
Pesakit adalah wang. Wang ialah pesakit. Amat mudah ditakrifkan. Teramat mudah. Kerana pengtafriasn serupa itulah, maka sekarang dia sudah di tubir puncak
kejayaan cemerlang dalam perniagaan kcsihatan itu.

“Tapi, rupa-rupanva, saya terpilih doktor mata duitan!”

Igoh mendengus kasar. Ketegangan tidak pernah reda. Lagi-lagi suara wanita
tua itu yang kerap meletus parau dalam fikirannya. Suara itu seperti
mewakili keluarga atau waris bekas pesakit-pesakit yang tidak berpuas hati
dengan hasil rawatannya. Amat sukar dia mengawal perasaan yang membuak
ganas. I.antas dia menekan minyak, memecut kenderaannva melewati pintu
kliniknya.

Sewatu kereta mewahnya melewati pintu klinik itulah, nafas Igoh tersentak
sekali lagii. Serentak dengan itu, dia merasakan seperti dadanya ditikam
dengan pisau bedah yang memijar. Walaupun belum senipat dia membuat
diagnosis tentang jenis penyakit yang menyerangnya secara mendadak itu,
tetapi dalam lubuk hatinya dia sudah dapat mengagak, apakah penyakit yang
menyerangnya yang menyebabkannya telah diasak, sehingga hampir putus nafas.

Dengan tidak semena-mena, ban tengik iodin, formalin dan segala jenis bau antiseprik, kembali busuk melantung, mengganggu pcrnafasannya. Sedetik
itu, dia diterjahi lagi oleh gambaran wajah para pesakitnya yang masih hidup ataupun yang telah mati dan lalu mampat dalam fikirannya. Sebaik
sahaja dia mengangkat mukanya dia menyorotkan lagi pandangannya ke arah
bangunan klinik yang diselubungi keheningan malam dan seperti tadi
nafasnya tersentak. Rasa ngilu, perit dan pedih vang maha dahsyat itu,
terus merayap kc seluruh dadanya, langsung melumpulkan tulang rahang dan
tangan kirinya. Digagahi dirinya untuk mengawal kereta mewahnya. Namun, dia
tewas lagi. Serta-merta dia menekan keras brek kereta mewah.

"Hei, ada orang kemalanganlah! Cepat tolong!"

Sebenarnya, pada mulanya, dia kurang pasti apa yang berlaku. Apalagi
dalam keadaan menanggung rasa sakit yang bukan kepalang itu; dalam saat
itu juga dia bertanya kepada dirinya sendiri, apalah manfaatnya membiarkan
kenangan hitam mengimbau kembali? Apalah manfaatnya, mcmikirkan pelbagai
pcrsoalan yang ditimbulkan oleh ahli keluarga atau waris para pesakitnya? Mereka sama sahaja seperti isterinya; bodoh! Mengingati isterinya, hampir membuatkan dia tergelak pahit – hampir sahaja.

His! Bukankah keuntungan yang diperolehi selama ini, tidak pernah terjejas? Malah, sehingga membolehkan dia mampu membuka klinik persendiriannya di bangunan enam tingkat ini? Bukankah itu yang lebih penting?

"Apakah dia mengalami keccderaan teruk?" tanya seseorang.

"His ..., kepala lututnya terperosok di bawah sterenglah!" tambah yang lain.

"Berhati-hati ...!" tingkah seseorang yang lain."Angkat dia. Bawa dia
masuk ke klinik."

Igoh yang masih terangguk-angguk di stereng motokar mewahnya merasakan
tubuhnya yang tegap !agi berotot-otot sasa bak pahlawan dongeng-itu (seperti
kata teman-teman sosialnya) yang menanggung rasa ngeri yang amat sangat itu, diangkat orang. Jari-jcmari tangan kotor, milik orang-orang yang
mengangkatnva itu, terus membelek-belek dan menyentuh-nyentuh tubuhnya di mana-mana. Ah, dia tidak suka diperlakukan seperti ini! Tidak rela! Lantas
dia mencelikkan sedikit matanya, untuk meluahkan bantahan hatinya. Tiba-tiba
dia terkejut gempar, dicengkam rasa takut dan rasa jijik yang tiada taranya. Mereka yang sedang mengusungnya masuk ke bangunan klinik bukannya pembantu
klinik atau para jururawat ataupun orang awam yang datang melawat sanak
saudara mereka yang ditahan di klinik itu. Sebaliknya, mereka memakal pakaian seragam untuk para pesakit vang mcnjalani pembcdahan di klinik itu!

Sesungguhnya, Igoh kurang mengerti bagaimana para pesakit yang dengan pakaian
mereka berlumuran darah, berbalut dengan plaster of Paris di sana sini,
dibiarkan mengambil alih tugas pembantu klinik. Mereka terus mengusungnya dan
kemudian meletakkannya ke dalam keranda beroda yang mereka tolak kc bilik
bedah. Nafas yang tercungap-cungap, yang mencrpa dalam pusaran suasana yang kelam-kabut itu, saling merempuh dan menujah-nujah pendengarannya.

"Hei, dia belum mati lagilah!" jerkah seseorang. "Mengapa letak dia dalam keranda? Pindahkan. Cepat ...!"

Anehnya, Igoh seperti menyaksikan kejadian itu berlaku kepada orang lain.
Dia mclihat bagaimana dirinya dipindahkan ke meja bedah. Kakinya yang terayun-
ayun daripada kepala lututnya, terletak dalam posisi yang ganjil, tetapi Igoh
tidak berupaya berbuat apa-apa untuk membetulkannya,
pada detik itu. Kelihatan kulit mukanya sepucat mayat, dilencuni oleh renik-
renik peluh dingin.

Ketika dia tercungap-cungap bernafas (oh, rupa-rupanya yang tercungap-cungap bergelut dengan rasa sakit yang amat sangat tadi ialah dirinya!) di dalam bilik rawatan, terjadi rusuhan antara para pesakit yang bertindak membantunya tadi.
Tidak kurang daripada lapan atau sembilan orang pesakit itu, mengakui diri
mereka doktor pakar dalam pclbagai bidang. Dua pesakit wanita yang
berwajah pucat yang seolah-olah seluruh darah :reka tclah dihisap keluar
daripada tubuh mereka, mengakui bahawa mereka sebagai jururawat yang
serba terlatih. Manakala seorang pesakit lelaki mengakui dirinya sebagai rakan kongsinya, sekali lebih berhak merawatnya.

"Aku juga seorang doktor pakar," ujar pesakit yang mengakui dirinya sebagai
rakan kongsinya itu.

"Yalah, kan kami sudah melihat ijazah dan phd dan entah apa2 lagi yang telah kau peroleh itu?"

Suara salah seorang daripada "doktor" itu menepis. Kata-katanya dituruti
dengan deraian tawa yang mengerikan. Anehnya, tidak seorang pun daripada
mereka yang menggerakkan bibir mereka untuk berkata-kata. Mereka seolah-
berhubung melalui gerak mata dan mimik-mimik muka sahaja. Cuma hilaian tawa
yang memaksa mereka membuka mulut mereka. Namun, Igoh seperti tahu bahawa
siapakah antara yang "bersuara" itu.

Suasana di dalam bilik rawatan itu menjadi gamat dengan suara para pesakit
yang bcrtingkah-tingkah sesama sendiri, cuba menunjukkan kemahiran masing-
masing ke atas tubuh Igoh. Di samping mereka berebut-rebut membelek-beiek dan
menyentuhi serata tubuhnya sesuka hati mereka, seraya cuuba meneka-neka
penyakit yang menyerang Igoh itu. Masing-masing sibuk menggunakan alat-alat perawatan di dalam bilik itu, ke atas tubuh Igoh. Ada yang menyuluh kedua-dua
biji mata Igoh dengan cahaya lampu daripada oftalmoskop ada yang memukul dengan lembut pergelangan tangan, siku dan kepala lututnya yang tercedera itu dengan pemukul refleks, ada yang memasang atau melekatkan ketiga-tiga pendawaian
elektrod kepada anggota tangan dan kakinya seolah-olah ingin merekodkan ECG,
dan bermacam-macam lagi Igoh semakin lama semakin rimas kerana diperlakukan semahunya oleh mereka. Sementara itu, ke lihatan "jururawat-jururawat"nya pula sibuk menanggalkan pakaiannya dan memakaikannya dengan pakaian seragam untuk pesakit di klinik itu.

"Diagnosisnya jelas sekali," kata salah seorang "doktor" yang mcndengar denyutan jantung Igoh. Mula-mula, dia meletakkan stetoskopnya ke sebelah kanan dada Igoh, tctapi sejurus kemudian dia menyeringai dan mengalihkannya ke sebelah kiri dada Igoh pula. "Hmm ..., diagnosisnya begitu jelas sekali: cardiac
rupture.'
'
"Apa bendanya cardiac ... rupture tu?" tingkah "doktor" yang mengaku pakar
tadi. Sekali lagi kata-karanya dituruti dengan deraian hilai tawa yang
mengerikan.

"Entah!" ujar "doktor" yang mula-mula tadi. "Err ... hik, hiik, hiiik ...! Begitulah yang aku dengar, sewaktu aku menjalani pembedahan di klinik ini
dulu. Kalau tidak silap, sakit jantunglah itu. "Jadi, bagaimana kalau kita
bedah saja pesakit ini? Kita gantikan jantungnya yang sakit dengan jantung
palsu yang diimport dari luar negara itu? Setuju tak??"

“Apa pula cardiac rupture!" pintas "doktor yang lain pula. "Pesakit ini
masih ada tekanan darah. Malah, lihat gambaran cahaya pada layar monitor ECG
masih aktif lagi. Jika diagnosisnya cardiac rupture^ bererti pesakit itu berada dalam parah - koma mungkin. Err ... yang jelas, ECG menunjukkan kompleks
QRS yang tidak normal. Apa yang perlu, mungkin, pesakit ini perlu diberi
suntikan ubat kepadanya."

“Nanti dulu! Nanti dulu!" potong pesakit yang mengakui dirinya sebagai
rakan kongsi Igoh.

“Benar," tepis "doktor" yang lain, enggan memberi peluang kepada "doktor"
yang mengaku schagai rakan kongsi Igoh itu. "Kalau cardiac rapture atau ruptur jantung, tentulah pesakit mengalami renjatan kerana kegagalan peredaran darahnya. Tapi, lihatlah; dia masih bernafas, biarpun dalam keadaan yang amat payah. Barangkali yang sakit adalah hatinya!”

“Saya setuju," sampuk "doktor" yang lain pula. “Memang hatinya yang sakit dan
perlu ditukar dengan hati palsu. Sava dengar, kerana hatinya mengalami rasa
sakit itulah, dia tidak berupaya berasa peka terhadap masalah orang lain. Ini termasuk masalah keluarganya."

“Dengar khabar, hatinya mula sakit sejak kelahiran anak. tunggalnya yang
disahkan sebagai anak terencat cat akal," tambah "doktor" yang lain puJa.
"Hatinya kian sakit kerana, dengan segala kepakaran yang ada padanya, dia
tidak mampu merawat penyakit anaknya sendiri. Hatinya kian parah kerana
isterinya tidak mengerti mengapa dia harus menghindari anak tunggal mereka yang
terencat akal yang kemudiannya, ditempatkan di rumah kebajikan. Hatinya terus
tenat kerana tidak bcrkeupayaan melawan takdir."

"Hah, apa lagi? Kita bedahlah dia," syor "doktor" yang lain lagi, penuh
semangat. Tubuh Igoh dirabanya dengan jari-jemari yang kotor.

"Tapi ..., mungkin, apabila difikirkan betul-betul, tidakkah diagnosisnya
jelas sekali; bukan sakit jantung. Bukan juga sakir hati, saya pasti. Tapi,
sakit otak, baik juga kita bedah otaknya. Kita gantikan dcngan otak palsu!"

Serta-merta, Igoh tersentak nafas lagi. Dalam hati, dia menjerit-jerit. Tidak! Tidak ... Jangan gunakan sendi engse atau apa pun alar gantian yang diimport
untuk kegunaan pesakit di klinik itu! Jangan! Semua alat gantian itu,
diimport daripada Jenis yang bermutu rendah - untuk kegunaan segegelintir
para pesakit yang daripada golongan masyarakat kelas menengah dan kelas
bawahan itu - bukan untuk golongan elit, sepertinya. Tidak wajar jika aku
sebagai bos di klinik ini, diberikan alat gantian yang serupa itu. Pada saat segenting ini, seharusnyalah keuntungan tidak terlalu diambil kira. Kesihatan
dan juga kesejahteraannya sebagai pesakit istimewa itu perlu diutamakan.
Bukankah sepatutnya begitu? desis hatinya, kerusuhan amat.

Suasana dalam bilik rawatan cemas itu menjadi riuh-rendah dcngan tawa hilai
para pesakit yang pesakit-pesakit yang berlagak sebagai dokror dan pegawai pcrubatan itu. Mereka mula sibuk mengatur alat-alat pembedahan saeperti pisau bedah, forsep dan sebagainya di tepi tempat Igoh dibaringkan. Igoh terus
cungap bernafas, mengerang-ngerang kesakitan, cuba membantah lagi. Tetapi dia tetap gagal.

“Nanti dulu, nanti ...!" bantah pesakit yang mengaku dirinya scbagai rakan kongsi Igoh itu. “Aku kata nanti, nantilah ...!"

“Ada apa lagi?" tanya "doktor-doktor" lain, ternyata kurang senang kerana
kerap diganggui pesakit yang mengakui dirinya sebagai Igoh itu.

“Klinik swasta ini mempunvai polisi," tegas pesakit yang mengakui dirinya
sebagai rakan kongsi Igoh itu. “Kita tidak boleh memberikan sebarang
rawatan kepada mana-mana pesakit, tanpa mengambil kira sama ada dia mampu
membayar segala kos rawatannya ataupun tidak. Apa jenis rawatan pun tidak boleh diberikan kepadanya. Tidak boleh beri ubat, tidak boleh bagi oksigen, tak boleh bagi apa-apa pun. Hah, no money no talk, kan?”

Serta-merta Igoh terkejut bagaikan terkena renjatan elektrik. His! Tiada
oksigen, tiada IV fluids? Bukankah sudah menjadi satu kebiasaan untuk menggunakan satu siri posisi elektrod berlainan untuk merekodkan ECG? Apa kena dengan mereka? Apakah mereka hendak membunuh aku, scbenarnya? Ataupun, mereka memang sudah gila? Igoh termangu sejenak. His, mereka bukan pun doktor
sebenarnya! Argh, bau tengik iodin, formalin dan segala jenis bau antiseptik
yang berbaur dengan darah yang hanyir, semakin menyesakkan pernafasannya.

"Polisi apa itu?" tingkah salah seorang "doktor" seperti mencabar pula. "Apa
itu ... no money no talk? Polisi gila?"

Jika boleh, Igoh ingin sekali mengangguk, untuk menyetujui pendapat "doktor"
itu. Huh! Takkanlah dalam saat-saat cemas seperti ini pun, mereka harus
berkira? Gila, sungguh gila, memang. Malah kejam, desis hatinya. Tetapi,
sedetik kemudian dia sedar. Setiap polisi dan peraturan di klinik itu, dia sendirilah yang mcnciptanya! Tetapi, ia bukannya untuk dipraktikkan kepada diri-
nya sendiri pula. Bukan! Bagaimana boleh dipercayai segala ini?

"Doktor Wan! Doktor Wan ...!" Suara staff nurse yang bertugas pada malam itu, bergema di gegendang telinga Igoh. "Doktor, cepat. Doktor Igoh kemalangan ...!"

Serta-merta Igoh tersentak daripada ilusinya, di tepi kaca tingkap kereta
mewahnya. Dengan seluruh tenaga yang masih bersisa padanya, dia meneleng
kepalanya yang masih terangguk-angguk do stereng kereta mewahnya itu, dan
tersua wajah beberapa orang pembantu klinik yang dikenalinya. mengeluh singkat, kelegaan.

Sejurus kemudian, segala-galanya berlaku dengan pantas dan teratur.
Tubuhnya diangkat ke strecer dan langsung disorong ke bilik rawatan kecemasan. Dengan bantuan beberapa orang jururawat terlatih, Doktor Wan segera memberikan
memberikan rawatan kepada Igoh. Setelah pergerakan nadi jantungnya kembali stabil, biarpun tangan kiri dan tulang rahangnya masih lumpuh, dia masih mampu
menangkap perbualan antara Doktor Wan dengan jururawatnya.

“Mujur juga isteri Doktor Igoh bersetuju tandatangani surat kebenaran. Kerana
kita tidak tunggu lebih lama lagi," ujar Doktor Wan, serius.

“Benar, doktor," sela staff nurseny, perlahan.“Kasihan, Doktor Igoh. Kepala
lutut dan kedua-dua sikunya hancur. Pembedahan dan pengantian sendi engsel
pada anggota tubuh berkenaan perlu dilakukan secepat mungkin. Jika tidak,
pasti akan berlaku infcksi." Doktor Wan mengujarnya begitu.

“Ya, begitulah yang baik!" ujar staff nurse itu. Tapi, yang menghairankan
saya, siapa atau apa yang menyebabkan Doktor Igoh memandu dalam keadaan tergesa-
gesa ke kliniknya, lewat tengah malam ni!”

“Dalam hati, saya juga tertanya-tanya begitu tadi,” keluh Doktor Wan,
mengerut keningnya yang luas itu.

"Aneh, bukan? Terutama sekali, apabila mengenangkan bahawa kita bukannya ada sebarang kes kecemasan pun, pada malam ini," tegas staff nurse itu, yang juga kelihatan mengerutkan keningnya kini. "Agak-agak doktor, apakah sebab yang
sebenarnya?"

"Entahlah. Mungkin dia bergaduh dengan isterinya," sela Doktor Wan, menyeringai tiba-tiba. "Namun, sebagai seorang doktor, bagi saya, jika dapat menolong
pesakit tidak kira siapa pun pesakit itu, dan dapat memulihkannya tanpa
cacat - sudah merupakan suatu kepuasan sendiri. Saya akan berasa bahagia sekali. Pembedahan kali ini, mungkin tidak sesukar mana, kerana pembuluh besar
Doktor Igoh tidak pecah. Lebih parah jika berlaku ruptur jantung. Hmm ..., jika semua sudah bersedia, kita mulakan pcmbedahan sekarang ...!"

Igoh menjerit-jerit, membantah tindakan mereka itu. Namun, jeritannya tersekat
di halkumnya sahaja. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menjerit-jerit, menyeru-
nyeru nama Tuhan. Malangnya, suaranya terhadang olch roh-roh para pesakit yang
pernah melalui operasi di tangannya - para pcsakit yang terlalu mcnggantungkan harapan kepada Igoh yang mereka anggap tugasnya hanva sebagai pengabdi
kemanusiaan.

Hatinya terus menjerit-jerit, memanggil nama ibu bapanya, nama isterinya dan
nama anaknya telah disisihlemparkannva ke rumah kebajikan kanak terencat akal. Tetapi, malangnya, tiada yang mendengar jeritan batinnya.

Dan untuk seketika dia berhenti menjerit, biarpun Doktor Wan terus rancak
melakukan operasi ke atas tubuhnya. Nafasnya scsak. Dadanya sebak. Dia
merasakan semua diagnosis yang dibuat “doktor-doktor" yang terdiri daripada
para yang terbit dalam ilusinya itu tadi dan juga oleh Doktor Wan, tidak
tepat sebenarnya. h kini, diagnosisnya amat jelas – ruptur rohani!

EHSAN DARIPADA BOG AZMAH NORDIN

About Me

My photo
Seorang guru, juga GKTV di SMU Mardziah, Kubang Batang, Wakaf Bharu, Kelantan.

Seorang ibu kepada enam anak di dunia fana dan seorang ibu kepada bidadari kecil di alam sana. Suka menguliti bahan bacaan, menikmati keindahan alam dan gemar akan sesuatu yang kreatif.

2011- Hope this is my year...
"Sesungguhnya selepas kesukaran itu akan ada kesenangan, dan selepas kesukaran itu ada kesenangan.., annasyrah
"Sesungguhnya Allah melakukan segala sesuatu ada tempoh-tempoh masanya," al talak..

About this blog

Blog ini menghimpunkan karya penulis yang sudah mengukir nama di media cetak tanah air.
Dengan adanya kelompok cerpen ini, diharap agar kita bisa menikmati satu genre sastera dengan lebih mudah. Juga, usaha ini diharap dapat dicerna oleh pembaca dan menjadi satu tapak untuk mempertingkat mutu penulisan kita.
Kepada penulis, izinkan kami jadikan karya ini sebagai renungan, tutorial, juga muhasabah. Terima kasih.